“Derita orang Yahudi di Jerman start pada tahun 1930 selepas Hitler menang pilihanraya. Adolf Hitler merupakan pemimpin yang pendiam dan pemalu tapi penyebab kematian berjuta orang.”
Pembersihan etnik seperti yang berlaku kepada etnik Rohingya bukanlah perkara baru yang terjadi sebab memang sejak zaman purba pun dah start dah pembersihan etnik ni. Pembersihan etnik Rohingya dari Myanmar masih berlaku walaupun mendapat tentangan dari negara luar dan mereka ditindas dengan terus termasuklah secara kekasaran.
Tapi, korang tau tak ada lagi satu pembersihan etnik yang mendapat kecaman satu dunia dan masih diingati sampai sekarang sebab dah korbankan 11 juta nyawa! Kalau nak tau, kena teruskan baca artikel ni!
1. Pembersihan etnik tu apa?
Pembersihan etnik ni maksudnya sesuatu pihak akan memaksa kumpulan etnik lain untuk keluar dari tempat mereka tinggal dan sekiranya enggan, mereka akan didera dan dibunuh. Dorang buat macam ni sebab nak dominasi kawasan tu untuk kepentingan sendiri. Ada satu pembersihan etnik yang takkan dilupakan kerana kekejamannya yang dipanggil The Holocaust.
2. Adolf Hitler, ‘pemimpin’ yang pendiam dan pemalu tapi penyebab kematian berjuta orang
Adolf Hitler merupakan pemimpin yang mengetuai Parti Nazi, Canselor (Perdana Menteri) Jerman pada tahun 1933 hingga 1945 dan Ketua Nazi Jerman dari tahun 1934 hingga 1945. Terdapat perdebatan sama ada Hitler merupakan penyebab The Holocaust sebab ada sumber yang mengatakan The Holocaust ni jadi secara berperingkat tapi Reinhard Heydrich, orang kuat Hitler sebenarnya merupakan mastermind kepada “the final solution to the Jewish question” yang dikenali sebagai The Holocaust.
3. Sifat rasis terhadap orang Yahudi menjadi penyebab The Holocaust
Penderitaan orang Yahudi di Jerman start pada tahun 1930 lepas Hitler menang pilihanraya. Hitler ni pulak berjaya racun pemikiran orang Jerman sehingga mereka berani untuk harass orang Yahudi di tempat awam.
Hitler ni rasis dan anggap kaum Aryan lagi hebat dari kaum-kaum yang lain. Bagi mereka, kaum Aryan ni ialah sesiapa sahaja yang merupakan orang Eropah dan yang penting bukan Yahudi, Romani atau Slavic. Bukan takat tu je, mereka juga anggap Jerman ni negara yang lebih hebat dan penting berbanding negara jiran.
Masa Hitler dilantik jadi Canselor atau PM, Hitler tubuhkan puak Gestapo. Gestapo ni diadakan bertujuan untuk spy, soal siasat dan tahan sesiapa je yang cuba menentang kerajaan. Tentera Nazi pun tak takut dan tak teragak nak membunuh ‘mangsa’ mereka.
Hitler pun dah adakan undang-undang anti-semitic yang mendiskriminasikan orang Yahudi sehingga budak-budak Yahudi tak dibenarkan ke sekolah, ada haiwan peliharaan dan langsung tak boleh ada basikal.
4. Orang Yahudi ditindas kaw-kaw oleh orang Nazi
Masa undang-undang ni, habis orang Yahudi langsung dibuang kerja dan nak berniaga pun tak boleh dan mereka yang ditangkap akan diletakkan di satu tempat yang dinamakan Ghetto. Ghetto ni dah ibarat penjara untuk dorang yang kotor dan sempit. Kat sini jugak jangan ceritalah, orang Yahudi dilayan macam hamba.
Hitler ni merupakan seorang yang goal-driven. Dia nak kaut segala-galanya. Jadi dia nak perluaskan kuasa Jerman, so dia mula serang dan tawan negara berdekatan. Bila dia dah perluaskan kuasa, dia sedar yang orang Yahudi makin ramai. Nak selesaikan masalah ni, tu yang dia dan konco-konco start perkenalkan “the final solution to the Jewish question”.
5. The Final Solution merupakan saat yang kejam
The Final Solution merupakan kod nama yang bermaksud “bunuh orang Yahudi” yang berdekatan dan tidak limited kepada orang Eropah sahaja. Time ni lah orang Yahudi dibunuh sewenang-wenangnya termasuklah dengan cara dikumpulkan di satu tempat sebelum dikenakan gas beracun dan tembak beramai-ramai.
Bila orang Yahudi dah tau permainan ni, dorang takde lah nak ikut pergi ke kem tahanan ni. So, Hitler dan tenteranya tak puas hati dan teruskan buat kem tahanan berunsurkan gas beracun di Poland. Bila orang Yahudi tak nak ikut, dorang trick orang Yahudi dan bagitau yang itu bukan kem tahanan tapi penempatan baru untuk mereka.
Bukan itu sahaja, dorang turut menjanjikan pekerjaan. Tertarik dengan offer ni, orang Yahudi semua ikutkan juga. Tapi masa dorang tengah berpadat dalam bilik mandi untuk bersihkan diri, gas beracun dilepaskan dan semua yang ada dalam tu mati.
6. Seorang guru jadi hero selamatkan 600 kanak-kanak Yahudi masa The Holocaust
Memandangkan semua orang Yahudi langsung tak terlepas dengan pembersihan etnik ni, ramai yang tak sanggup nak lihat budak-budak kecil pun jadi mangsa Hitler. Jadi ada hero yang muncul seperti Johan van Hulst. Hulst merupakan seorang guru besar di sekolah prostestant di Amsterdam yang kebetulan terletak bersebelahan dengan sebuah nurseri di mana Nazi menyimpan kanak-kanak Yahudi sebelum menghantar mereka ke kem tahanan.
Bila nurseri tu dah penuh, pihak Nazi akan letakkan budak-budak tu dekat sekolah Hulst. Pada waktu itu, Hulst disuruh untuk menulis nama kanak-kanak ni dalam dokumen tapi, Hulst ni bijak, dia akan tulis nama lebih sedikit dari bilangan kanak-kanak yang ada dekat situ.
Proses macam ni dapat memudahkan urusan Hulst nak seludup bebudak ni keluar dari tempat tu untuk selamatkan mereka. Pelbagai cara yang dia gunakan termasuklah seludup mereka di dalam bakul baju dan guni. Kira besarlah pengorbanan Hulst sebab risiko sangat tinggi masa nak selamatkan budak-budak ni. Kalau ditangkap, dia boleh dihukum bunuh!
Hulst memang mendapat pujian dek kerana tindakan beraninya itu. Dia pernah bagitau yang dia menyesal kerana tak dapat selamatkan lebih ramai kanak-kanak tu. Hulst baru sahaja meninggal dunia pada 22 Mac 2018 baru ni di Amsterdam dan ramai yang meratapi kematian hero ini.
7. Jumlah kematian mencapai 11 juta orang!
Selepas Jerman kalah, Tribunal Tentera Antarabangsa ditubuhkan dan beribu penyokong Nazi telah dihadapkan ke mahkamah termasuklah 12 pegawai tertinggi Nazi. Walau bagaimanapun, masih ramai Nazi yang telah melaksanakan Holocaust tidak dihadapkan ke mahkamah termasuklah Hitler yang mati kerana membunuh diri sendiri.
Sepanjang The Holocaust berjalan, seramai enam juta orang Yahudi yang menjadi mangsa, manakala lima juta mangsa lagi merupakan orang Slavs, Roma, orang cacat, Jehovah’s Witnesses, homoseksual serta penentang politik dan agama.
The Holocaust menjadi sejarah hitam yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila kerana kekejaman dan betapa terseksanya penduduk terutamanya orang Yahudi. Walaupun banyak negara yang berikrar tidak akan biarkan perkara sebegini berulang lagi, namun pembersihan etnik masih wujud dan dilakukan secara terang-terangan. Harap perkara tidak berperikemanusiaan ini ada penghujungnya satu hari nanti.
Sumber: lobakmerah.com
Sumber Pembersihan Etnik The Holocaust Korbankan 11 Juta Nyawa, Lebih Dahsyat Dari Rohingya
0 Response to "Pembersihan Etnik The Holocaust Korbankan 11 Juta Nyawa, Lebih Dahsyat Dari Rohingya"
Post a Comment