KUALA LUMPUR: Malaysia antara 59 negara yang akan menikmati akses tanpa visa selama 30 hari ke Pulau Hainan mulai 1 Mei ini, menurut pengumuman Kementerian Keselamatan Awam China dan Pentadbiran Imigresen Negara pada Jumaat.
Negara-negara lain termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Jepun, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.
Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya dalam satu kenyataan berkata dasar baharu itu merupakan satu usaha untuk menyokong inisiatif pembaharuan dan pembukaan pulau itu.
"Di bawah dasar baharu itu, sama ada kumpulan mahupun orang perseorangan dari 59 negara ini boleh melawat Wilayah Hainan selama 30 hari tanpa visa selagi mereka menempah lawatan mereka melalui agensi-agensi pelancongan yang didaftarkan di Wilayah Hainan dan diluluskan oleh Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China," katanya dalam kenyataan itu.
Sanya yang terletak di bandar raya paling selatan di Pulau Hainan, dikenali sebagai 'Hawaii China' dengan iklim nyaman sepanjang tahun, menjadi tempat popular untuk pelancong.
Pelancong selalunya menghabiskan masa di pantainya yang indah serta meneroka dan bertemu penduduk asli di situ, katanya.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://ift.tt/2kibKio dan https://ift.tt/2emfPw5
--BERNAMA
Sumber
Malaysia antara 59 negara diberi akses tanpa visa ke Pulau Hainan
Related Posts :
Wanita Korea berwajah cair curi simpati netizenWanita Korea berwajah cair curi simpati netizen | KISAH kehidupan Shim Hyun Hee yang mengejutkan namun amat meruntun jiwa ini telah me… Read More...
Protege Faizal Tahir Anas Ridzuan selamat diijabkabulkan dengan protege Ramlah Ram, Ana Syuhada
Hanya dengan sekali lafaz, naib juara Mentor musim keenam, Anas Ridzuan, 27, sah bergelar suami kepada Ana Syuhada, 25, yang juga bekas pes… Read More...
Wow! Faizal Tahir tidak berbaju dalam cover album terbarunya, apa pendapat korang?Faizal Tahir sememangnya terkenal antara salah satu penyanyi hebat di Malaysia. Bermula dengan satu rancangan realiti televisyen sehingga la… Read More...
Nora sedih suami terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa sokongnya di Gegar Vaganza 3Penyanyi Nora, 43, terkilan apabila suaminya yang juga komposer, Johan Nawawi tidak begitu memberikan sokongan terhadap pembabitannya dalam … Read More...
Video luahan Zul Yahya “Saya menyesal dulu tak dekatkan diri dengan Allah”Dahulu, siapa tidak kenal akan kelibat pelakon Zul Yahya atau nama penuhnya Zulkifli Yahya, 43, wajahnya hampir setiap hari ada di kaca… Read More...
0 Response to "Malaysia antara 59 negara diberi akses tanpa visa ke Pulau Hainan"
Post a Comment