Kylie Jenner Upah 4 Pengasuh Jaga Stormi

Model dan ibu muda, Kylie Jenner mengupah sekaligus empat orang pengasuh demi menjaga dan menguruskan anak sulungnya, Stormi Webster.

Memetik laporan Aceshowbiz, seorang sumber mendedahkan semua pengasuh telah diperiksa oleh Kylie sendiri secara menyeluruh.

Kylie juga dikatakan lega selepas mendapatkan pengasuh-pengasuh tersebut emandang dia dan ibu serta kakaknya sibuk dan tidak cukup masa untuk menjaga Stormi, ketika dia keluar bekerja.

"Sebagai seorang ibu baru, ada banyak hal yang tidak dia yakin. Dia ingin memastikan Stormi mendapat penjagaan terbaik," kata sumber tersebut.

Pada awalnya, Kylie memang tidak merancang mengupah pengasuh bayi. Sebaliknya bintang "Life of Kylie" nekad mahu menjaga anaknya sendiri

"Kylie merancang membesarkan Stormi tanpa pengasuh. Tetapi dia tidak mempunyai masa yang cukup jadi dia memerlukan bantuan," tambah sumber itu.

Selain itu, antara faktor lain yang memaksa dia membuat keputusan tersebut kerana baru-baru ini dia tidak dapat tidur yang cukup selama tiga malam demi menjaga Stormi.

"(Pengasuh) itu sangat membantunya, dan dengan cepat dia (Kylie) mula mengupah lebih ramai pengasuh untuk Stormi," jelas sumber.



Sumber Kylie Jenner Upah 4 Pengasuh Jaga Stormi

Related Posts :

0 Response to "Kylie Jenner Upah 4 Pengasuh Jaga Stormi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.