GOLD COAST: Atlet boling padang negara, Emma Firyana Saroji, mengakui berada di landasan tepat untuk menjelmakan kilauan emas buat kontinjen negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast selepas melakar kemenangan ketiga dalam acara perseorangan wanita, sebentar tadi.
Emma, yang menjadi pertaruhan terbaik skuad boling padang negara, mempamerkan aksi meyakinkan ketika menentang Pauline Blumsky dari Niue dalam pusingan ketiga.
Juara dunia 2015 itu mudah mendahului lawan 6-2 pada ends kelima dan 13-4 pada ends ke-10 sebelum terus menjarakkan kedudukan pada ends seterusnya.
Tamat ends ke-14 dengan kedudukan 21-5 memihak Emma, dia disahkan sebagai pemenang tanpa perlu menghabiskan kesemua ends dalam saingan ini.
Terdahulu, Emma melepasi pusingan pertama menewaskan pemain England, Katherine Rednall, 21-11 sebelum mengecewakan Litia Tikoisuva dari Fiji 20-19 dalam pusingan kedua.
"Setakat ini, saya berpuas hati dengan prestasi saya. Penetapan sasaran itu adalah pingat emas tetapi berdasarkan prestasi semasa ini, insya-Allah boleh pergi jauh," katanya.
Sumber
Kilauan emas boling padang makin hampiri Emma
Related Posts :
Jodoh Korang Dengan Anak Bongsu?, Ini 10 Perkara Yang Mungkin Korang Kena Hadap, Betul Tak?
Orang kata anak bongsu ni kerenah dia lain macam sikit. Bukan la kata mereka tak baik, cuma terlebih manja sikit je (betul ke?).
So, unt… Read More...
"Krisis Yuran PIBG" - Hanya Sumbangan, Bukan Wajib Bayar, Rupanya Pekeliling PIBG Dah Dikeluarkan Sejak 1989
Di sebalik 10 fakta tentang PIBG yang tular semalam, ternyata isu yuran PIBG ini mendapat perhatian dari orang ramai.
Ada yang men… Read More...
Falsafah Dan Pendirian Seni Lakon Latifah Omar
Seorang pelakon yang bagus adalah pelakon yang tidak hanya bergantung kepada paras rupanya. Sebuah filem cereka memerlukan lebih daripada k… Read More...
Kenapa Tuhan Menduga Kita?
Aku selalu dapat soalan, kenapa nasib encik Hamka selalu baik? Sebab selalu nampak ceria di FB, cerita pulak selalu best best? Seperti ruma… Read More...
Nasihat Penting Kepada Ibubapa! Kalau Anda Betul Sayangkan Bayi Anda, Tolong Buang Sarung Tangan Bayi Anda Jauh-Jauh
SARUNG TANGAN BAYI BARU LAHIR AKAN MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN BAYI
Sampai Bila Awak Nak Pakaikan Mittens Pada Tangan Anak Awak?”…
Hari i… Read More...
0 Response to "Kilauan emas boling padang makin hampiri Emma"
Post a Comment