'Jika saya masih hidup, jangan selamatkan saya' - Gadis kemurungan maut selepas terjun dari tingkat 14

Seorang wanita berusia 20 tahun maut selepas terjun dari tingkat 14, bangunan pangsapuri, dipercayai kerana mengalami kemurungan yang melampau, lapor China Press. 
Lin Jiaying, 20, yang merupakan pelajar cemerlang dan mendapat 10A dalam SPM sebelum ini pernah mengatakan dia bercita-cita menjadi guru dan menyambung pengajiannya di sebuah institut pendidikan di Kedah. 
Bagaimanapun, Lin mengalami kemurungan dan kemudian berpindah serta menyambung pengajiannya di institut yang lain di Seremban, Negeri Sembilan.
Bimbang dengan keadaan Lin, ibu bapanya telah memasang aplikasi GPS pada telefon bimbit anak perempuan mereka itu agar kedudukannya dapat dikesan sepanjang masa.
Pada Isnin 2 April, ibu bapanya mendapati Lin berada di sebuah bangunan pangsapuri, lalu menghubungi Lin untuk memeriksa keadaannya. Lin menjawab panggilan itu dan berbohong bahawa dia ada bersama dengan beberapa orang rakannya. 
Selepas beberapa ketika, mereka cuba menghubungi Lin, namun gagal dan mereka mula bimbang dengan keadaan dan keselamatan anak perempuan mereka itu. 
Mayat Lin kemudian ditemui pada jam 8.45 malam di tingkat bawah dan dipercayai terjun dari tingkat 14 selepas dihubungi oleh ibu bapanya. 
Lin juga meninggalkan nota terakhir yang mengatakan dia teringin menamatkan kehidupannya, malah juga berkata:
"Jika anda menemui saya dalam keadaan masih hidup, tolong suruh doktor jangan selamatkan saya," tulisnya. 
Turut ditulis dalam nota itu Lin takut dia mengecewakan ibu bapanya dan dirinya berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat fokus pada pelajarannya dengan baik. Lin juga mendoakan ibu bapanya mempunyai kehidupan yang baik selepas pemergiannya dan berterima kasih kerana membesarkannya serta meminta abangnya menjaga ibu bapa mereka. Lin juga mahu organnya didermakan kepada mereka yang memerlukannya. 

Difahamkan, sudah banyak kes bunuh diri di bangunan itu kira-kira lebih dari 70 kes sejak 10 tahun lalu. 
Bagi mengelakkkan kejadian yang sama berulang, pihak pengurusan telah memasang pagar elektrik di tingkat 14. Akan tetapi, pagar tersebut didapati telah rosak menyebabkan ada individu yang mengambil kesempatan untuk menamatkan riwayat mereka di pangsapuri tersebut.


Sumber 'Jika saya masih hidup, jangan selamatkan saya' - Gadis kemurungan maut selepas terjun dari tingkat 14

0 Response to "'Jika saya masih hidup, jangan selamatkan saya' - Gadis kemurungan maut selepas terjun dari tingkat 14"

Post a Comment