Assalamualaikum min, nama aku Tasha. Aku ada cerita seram jugalah bagi aku, sebab kejadian ini terjadi pada aku sendiri. Masa itu aku form 2 Aku sekolah asrama dari form 1 ke form 3. Tiga hari berturut-turut aku kena kacau dengan 'dia'. Aku tak tahu apa motifnya tetapi aku syak dia marah pada aku.
Al-kisahnya begini. Masa itu aku dengan kawan aku lagi dua orang dalam perjalanan pergi ke surau. Jadi, jalan nak pergi ke surau itu kena lalu padang besar tetapi kalau tak silap aku pada waktu itu cuaca hujan. Jadi, kami guna laluan pejalan kaki di tepi padang. Laluan itu bersambung dengan parking pengetua dan guru-guru lain. Kitorang pergi surau masa orang tengah baca yassin sementara menunggu waktu Isyak.
Dalam perjalanan itu aku terhidu bau sesuatu, bau seperti bunga Kemboja yang ada di kubur itu bercampur dengan bau darah hanyir, lebih kurang begitu. Jadi, bila dah bau, dalam hati aku cuma kata, "Jangan tegur Sha,".
Baru terfikir begitu, tiba-tiba member aku si Lia ini pergi tegur. Dia kata, "Weh! Bau apa ni siaa, busuk kot?".
Aku apa lagi, terus tampar pipi dia dan dia marah aku balik sebab tiba-tiba hempuk dia. Tapi aku diam saja. Masuk ke surau, barulah aku berani buka mulut sound dia. Tahu apa yang terjadi? Tiba-tiba Lia duduk di satu sudut tiang besar dan dia menangis.
Kawan aku yang seorang lagi, si Fah, dengan mengelabahnya dia panggil aku dan beritahu Lia menangis sebab berat dekat bahu. Aku agak dah memang kenalah sebab tegur 'benda' itu kan? Aku nak panggil exco ibadah, dia tak bagi. Dia suruh aku yang buat. Haa sudah, mampus aku. Dahlah lama tak buang-buang ni.
Aku pun dengan rela hatinya baca-bacalah sikit sambil memicit bahunya. Kau tahu tak masa itu Lia menangis semakin teruk sebab sakit sangat. Aku apa lagi, makin kuat baca sampailah aku rasa benda itu betul-betul dah tak ada. Fuh! Nasib baik tak melarat.
Aku ingat cerita ini dah habis, rupanya bersambung lagi pada malam itu. Masa aku nak tidur, Lia takut nak balik ke dorm dia. Jadi, dia nak tidur di dorm aku. Lia duduk di tengah-tengah sebelah Fah dengan aku.
Malam itu kau tahu, 'dia' main-main dengan aku. Okay, katil aku ini kira tengah-tengah sebab sebelah itu ada katil lagi tetapi ada jaraklah. Elok aku pejam saja mata, ada budak berlari sebelah lorong katil sebelah aku. Haa, belakang katil aku tu pintu nak pergi ke ampaian atas. Dorm aku ini berada di tingkat dua.
Aku pun carilah siapa yang berlari. Tengok-tengok, semua orang dah tidur. Tak ada sesiapa pun yang bangun. Kemudian aku buat tak tahu. Tak sampai lima minit, aku dengar bunyi barang mandian di tepi pintu berterabur di atas lantai. Tapi bila aku tengok, elok je barang mandian dalam baldi tersusun. Haih! Aku dah angin dah.
"Tak payahlah kacau aku. Aku nak tidur!"
Tapi tak habis lagi duh, dia main ketuk-ketuk pintu pula. Dekat jam 1 pagi jugalah aku tidur sebab tunggu benda tu blah. Aku buat pendinding la malam tu, baru dia blah.
Okey, hari yang kedua pula terjadi selepas waktu isyak. Waktu itu korang ramai-ramai berjalan pergi ke kelas prep. So, lalulah di padang yang terbentang luas itu kan. Masa itu aku lagha la juga. Tiba-tiba ada satu bau kemiyan. Tapi aku macam biasa cakap dalam hati saja.
"Jangan tegur Sha..."
Haaa! Elok selepas itu si Fah ini pula cakap, "Wey! Kuatnya bau kemiyan.". Gais, malam itu sekali lagi tangan aku terbang ke pipi orang. Aku geram sia orang main tegur-tegur ni. Pastu depa marah aku pula. Ayoo, aku tak salah woi!
Masa kelas prep yang berlangsung selama dua jam itu, aku tunggu je apa yang akan terjadi. Tetapi tak ada apa-apa yang berlaku. Jadi, dengan yakinnya aku ingat tak ada apa-apa. Balik kelas, aku lepak dorm adik angkat aku di dorm SS. Pastu syok-syok aku bergelak ketawa dengan adik aku, member aku si Syahira datang dorm itu dengan tercunggap-cunggap macam di asrama itu tak ada air.
"Sha, tolong. Tolong si Fah di Dorm MQ tak boleh angkat kepala," katanya.
"Haaa sudah!" aku kata.
Dalam banyak-banyak tempat, kepala juga kau nak tenggek. Aku macam biasa nak panggil exco tetapi dihalang juga. Dia nak aku yang buat. Wey, aku bukan tak nak buat tetapi dah kena semalam. Tetapi rayuan dia aku tak boleh. Aku dengan paksa rela baca-bacalah dekat dia sampai dia okey sikit, aku ajak dia naik bilik kitorang di atas dorm RA.
katil Fah ini tengah-tengah. Tapi malam itu aku tak tidur di katil aku. Aku tidur di katil Ira sebab Ira tido dorm member dia. Pastu dalam jam 12 lebih kurang, sekali lagi 'dia' buat main. First sekali aku dengar ada benda jatuh dari locker. Aku dengan macam tak ada apa-apa pergi mengintai apa benda yang terjatuh, tetapi tiada. Tidak lama selepas itu, benda itu jatuh dari locker dan bergolek di atas lantai dua kali. Pastu aku buat pendinding.
Sekolah aku ini femes dengan 'gula-gula' sebab belakang sekolah aku ada kubur. Sekolah dalam kampung gitu. Kalau nai klibrary di tingkat empat memang nampaklah kubur itu. Aku rasa benda itu macam marah gila pada aku sebab aku halau dia. Tetapi aku kena hadaplah.
Hari yang ketiga, tak ada dah sesi tegur menegur ini tetapi dia adalah usik-usik gitu-gitu saja. Tapi aku buat bodoh je sebab aku bersyukur dia tak kacau kawan-kawan aku yang mulutnya tak boleh control.
Okey, itu saja. Sorry la kalau cerita tak seram sebab bagi aku memang seram.
Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com
Sumber 'Jangan tegur Sha....'
0 Response to "'Jangan tegur Sha....'"
Post a Comment