Ibu Ahmad Maslan meninggal dunia

Aminah Sabran, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada kira-kira 2.30 petang ini akibat sakit tua. — Paparan skrin GoogleAminah Sabran, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada kira-kira 2.30 petang ini akibat sakit tua. — Paparan skrin GoogleJOHOR BARU, 23 April — Ibu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan, Aminah Sabran, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada kira-kira 2.30 petang ini akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 82 tahun.

Menurut Pegawai Media menteri itu, Amran Zakaria, Ahmad menerima berita sedih itu ketika dalam perjalanan ke hospital itu selepas menghadiri majlis pengumuman  Calon-Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, hari ini.

“Datuk Seri sebelum ini setiap hari berulang alik ke hospital untuk menemani ibunya,” kata ketika dihubungi Bernama.

Ahmad, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik yang juga pengerusi Biro Teknologi Maklumat Umno, melalui akaun twitternya turut memaklumkan jenazah allahyarham ibunya  akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Lubok Sipat, Pontian selepas solat Isyak malam ini.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan 15 orang cucu. — Bernama



Sumber Ibu Ahmad Maslan meninggal dunia

Related Posts :

0 Response to "Ibu Ahmad Maslan meninggal dunia"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.