SERI MANJUNG: Teka-teki mengenai seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak 8 April lalu ketika menjerat haiwan di hutan berhampiran Teluk Rubiah, Seri Manjung, berakhir apabila mayatnya ditemui hari ini.
Mayat mangsa Ho Tong Chim, 89, yang berasal dari Kampung Datuk Seri Kamaruddin di sini, ditemui 15 hari selepas dilaporkan hilang.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Manjung, bersebelahan kuari Teluk Rubiah sejak 8 April namun gagal mengesan mangsa.
Jurucakap BBP Seri Manjung mengesahkan menerima panggilan pada jam 11.58 pagi tadi.
"Sebaik tiba di lokasi, Bomba dimaklumkan mangsa ditemui oleh orang awam dalam jarak 1.5km dari motor yang diletakkan oleh mangsa, bersebelahan kuari.
"Pasukan menemukan seorang lelaki berbangsa Cina telah meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan yang hadir.
"Pasukan BBP Seri Manjung dengan kekuatan lapan orang anggota termasuk tiga anggota dari unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan bersama polis membawa mayat mangsa keluar dari lokasi menggunakan pengusung.
"Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujar beliau.
Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Abdul Azhar Ismail dan operasai tamat sepenuhnya pada pukul 1.51 petang.
Sumber
Hilang 15 hari, ditemui mati di hutan
Related Posts :
“Cinta sampai syurga, Tahniah..” – Nabil & Zira Naik Pelamin Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama isteri tercinta, Zira Ayub secara langsung menerus… Read More...
RARE! Netizen Kongsi MC Pakciknya Yang Dir4wat Oleh Tun M Pada 1963Siapa je pernah sangka, doktor yang merawat korang akan jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti?
Tambahan pula, kalau Perdana Menteri … Read More...
“Ya Ampvn Matinnnn..”Tido Pun Ada Gaya,Netizen Terhibur Dengan Gelagat MatinCahaya mata ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun,kini mendapat perhatian warganet.
pelawak… Read More...
[FOTO] Ryzal & Maryam Rai Ulangtahun Resepsi, Peminat Kempunan Nak Tengok Majlis Sanding Di Malaysia PulaBerbeza budaya di Korea Selatan, pasangan YouTuber popular Ryzal dan Maryam You Narae meraikan dua ulangtahun perkahwinan setiap tahun.
Pert… Read More...
Tolak tawaran kerja demi jaga mak ayah 0KU, gadis kampung minat bisnes sanggup jual pekasam hasil memancing ikan di belakang rumahRAKAMAN memaparkan seorang gadis sedang memancing ikan di kawasan sawah di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah meraih puluhan ribu tont… Read More...
0 Response to "Hilang 15 hari, ditemui mati di hutan"
Post a Comment