Hampir 66 juta bakal kehilangan pekerja. (Gambar: Artforia)
Masalah ini bagaikan tiada kesudahan.
Malah, kajian terbaru yang dikeluarkan sebuah universiti terkemuka ini pastinya akan menambahkan lagi kebimbangan itu.
EMPAT NEGARA BERISIKO TINGGI
Berdasarkan laporan dibuat Universiti Oxford, 57 peratus pekerjaan di Amerika Syarikat bakal dioperasikan sepenuhnya secara automatik oleh robot dan sistem kecerdasan buatan (AI).
Berdasarkan ramalan ini, sektor automatif dilihat antara yang menerima impak terbesar.
Kadar 57 peratus itu juga dilihat amat tinggi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah tahun demi tahun.
Selain itu, satu lagi kajian menerusi The Verge mendapati hanya 14 peratus pekerjaan berisiko untuk dijana sepenuhnya secara automatik.
Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Japan antara negara paling berisiko.
Jika anda memikirkan jumlah kehilangan pekerja hanya sedikit, anda silap.
Jumlah sebenar yang bakal kehilangan bekerja adalah sebanyak 66 juta!
Itu jumlah tiga negara, jika Amerika Syarikat saja dianggarkan 13 juta pekerja bakal ‘dimusnahkan’ oleh teknologi ini.
MALAYSIA MASIH STABIL TETAPI JUMLAHNYA MASIH TINGGI
Perubahan teknologi dan peningkatan kaedah pembuatan mesin automatik antara faktor yang mengakibat kehilangan pekerjaan dalam skala yang besar.
Secara dasarnya, pada tahun 2017 kadar pengangguran di Malaysia kekal berada 3.5 peratus atau seramai 504,100 penganggur.
Kadar berkenaan berada pada paras stabil membabitkan 131,600 graduan kelulusan diploma dan ke atas berbanding dan 37,250 kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), sijil dan ke bawah.
Biarpun kajian ini tidak mendedahkan tahun sebenarnya senario ini berlaku, namun graduan perlu lebih bersiap siaga untuk menghadapi kemungkinan.
Sumber Habislah, Anda Mungkin Kehilangan Kerja Tidak Lama Lagi
0 Response to "Habislah, Anda Mungkin Kehilangan Kerja Tidak Lama Lagi"
Post a Comment