Tahniah kepada pelakon Cristina Suzanne, yang selamat bergelar isteri dalam sebuah majlis ijabkabul yang berlangsung pada 31 Mac lalu.
Menurut laporan BH online, berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Cristina atau atau penuhnya Cristina Suzanne Stockstill, 33, apabila memuat naik foto hitam putih bersama suaminya dengan keterangan gambar ringkas, '310318'.
..
Perkongsian berkenaan bukan sekadar mendapat perhatian peminat dan pengikut laman sosialnya, malah rakan artis seperti Thanuja, Nadia Brian dan Deanna Yusof turut mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu.
Pelakon yang turut membintangi filem Surf This Love, Kil, Jwanita, CEO dan Sejoli: Misi Cantas Cinta ini juga dilihat sempat membalas ucapan beberapa rakannya itu.
Difahamkan, lelaki yang berjaya meikat hati Pelakon Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2013 itu bernama M Faiz Zakaria dan berasal dari Johor.
Pernikahan ini bagaimanapun mengundang kejutan ramai kerana Cristina sebelum ini tidak pernah berkongsi kisah peribadi sejak putus tunang pada 2013 dengan seorang ahli perniagaan.
Sumber
Cristina Suzanne Sudah Bergelar Isteri Orang
Related Posts :
Butik kecantikan Malaysia di buka di Jakarta
JAKARTA: Butik kecantikan milik warga Malaysia, Airish London kini membuka cawangannya di Jakarta dengan mensasarkan jualan produk dan perk… Read More...
Nora Danish sudah buat persiapan
TERUJA menanti kelahiran, Nora Danish mengakui sudahpun membuat persiapan membeli barang kelengkapan bayi.
Namun, katanya, ia masih dilakuk… Read More...
Azad Jazmin, Eira Syazira timang anak ketiga
TAHNIAH kepada pelakon Eira Syazira yang baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuan yang juga merupakan cahaya mata ketiganya bersama su… Read More...
Yang mesti ada dalam koleksi: Tudung kegilaan wanita
Walau gaya bertudung ada kalanya hangat dibahaskan, seperti perdebatan artikel seorang penulis kolum Malay Mail Online, ‘Asal-usul obsesi … Read More...
Pegawai tak mengaku salah pecah amanah RM864,000
JOHOR BAHRU: Seorang bekas pegawai eksekutif syarikat pengangkutan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga t… Read More...
0 Response to "Cristina Suzanne Sudah Bergelar Isteri Orang"
Post a Comment