Tegasnya, keputusan itu kekal walaupun calon dari parti yang dibubarkan sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu bertanding secara individu mahupun atas logo parti sekutunya.
"Sebanyak 52 kerusi masih milik kami (PPBM). Ia mungkin tidak dipanggil kerusi PPBM, tetapi kerusi yang diwakili kami. Mereka (calon) boleh bertanding sebagai individu atau mereka boleh menggunakan logo (parti lain) yang kami putuskan," katanya dalam sidang media di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini.
Pada masa sama, logo parti yang akan diwakili calon berkenaan akan ditentukan PPBM."Kami boleh menggunakan apa-apa sahaja logo (parti lain). Sebagai orang awam, kami ada hak. Kalau ada parti yang benarkan kami bertanding di bawah parti mereka, kami sedia berbuat demikian," ujarnya.
Tun Mahathir pada masa sama bertegas akan bertanding sebagai calon PRU14.
"Saya adalah warganegara Malaysia dan saya ada hak untuk bertanding (PRU14). Begitu juga dengan ahli PPBM lain," kata bekas Perdana Menteri itu lagi.
Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan agihan 52 kerusi Parlimen kepada PPBM, PKR (51), DAP (35), Amanah (27) pada PRU14.
Sumber 52 kerusi masih milik kami walaupun PPBM dibubar sementara - Tun Mahathir
0 Response to "52 kerusi masih milik kami walaupun PPBM dibubar sementara - Tun Mahathir"
Post a Comment