Ambil tali skipping ke tu? Ah, eh, ini bukan tips nak renggangkan dan kecilkan peha anda tau. Ini tips untuk bisnes renggangkan dan kecilkan kerugian bisnes anda. Dah renggangkan kerugian bisnes ke tu? Nak kecilkan kerugian pun kena ada ilmu di dada tau. Jangan ikut pembaris sendiri.
Contohnya, jika anda nak kecilkan badan. Mesti ada peraturan yang diperlukan. Impak yang akan diterima adalah pada jangka masa pendek atau jangka masa panjang.
So, mulai hari ini, jom kita belajar tips-tips nak kecilkan kerugian supaya bisnes kita nampak langsing dan cantik bahagian keewangan. Barulah semangat nak kejar sale berjela-jela. Tak gitu abang-abang dan kakak-kakak usahawan?
#1- Buat Bisnes Yang Punya Margin Keuntungan Tinggi
Apakah bisnes yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi? Lihat sahaja di jalan-jalan sekitar laluan anda menuju ke tempat kerja.
Akan ada lambakan penjual buah-buahan potong, penjual air balang, penjual pisang goreng dan berbagai-bagai jenis jualan lain.
Inilah namanya bisnes yang mempunyai margin tinggi kerana kos penyediannya rendah dan kos kerugian juga tidak mencecah paras jantung anda.
#2- Buat Bisnes Yang Anda Tidak Perlu Simpan Stok
Jangan buat bisnes yang anda perlu simpan stok jika anda masih digelar anak ikan dalam lautan bisnes. Bimbang anda yang baru pandai berenang tak cukup oksigen nanti.
Anda boleh bermula secara kecil-kecilan dahulu. Mungkin anda boleh jadi dropship atau agent. Keuntungan juga boleh tahan. Yang penting stok bukan anda yang simpan. Jadi nilai kerugian itu zerolah jawabnya.
#3- Buat Bisnes Yang Anda Pakar Tentang Bidang Tersebut
Jangan syok sendiri dalam membangunkan sebuah bisnes hanya kerana mengikut trend semasa. Adalah lebih baik jika anda buat bisnes yang anda memang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang berkenaan.
Bisnes perkhidmatan ini banyak bergantung pada kemahiran yang anda ada. Itu adalah modal utama anda dan bukannya dalam bentuk wang.
Contohnya, bisnes yang melibatkan perkhidmatan. Bisnes membuat kelas tuisyen, penulis partime, tukang rumah, tukang jahit atau lain-lain.
#4- Jangan Ada-Adakan Pre-Order
Jangan biarkan bisnes anda terhumban dalam gaung yang dalam. Jangan anda pandai-pandai nak buat pre order jika anda bergantung sepenuhnya dengan pihak ketiga.
Pre order sebegini biasanya akan menjerat pihak anda, jika anda meminta pelanggan membayar 50% deposit dan kemudian jika pihak ketiga tidak berjaya menyiapkan tempahan dalam masa yang dijanjikan, anda akan diserang oleh pelanggan yang mahukan kembali wang deposit.
Mangsanya? Andalah yang terpaksa kerugian separuh produk yang telah disiapkan pihak ketiga walhal wang asal telah dipulangkan kembali pada pelanggan.
Pre-order macam ni biasanya akan berakhir dengan “mimpi ngeri” sebab korang berjanji atas janji orang lain. Orang lain buat taik, korang yang akan jadi kambing hitam!
Ingat, ramai customer yang SEPATAH HARAM pun tak nak dengar alasan korang. Apa yang diaorang nak, dah bayar, produk mesti siap + tip top!
5) Perjanjian Tanpa Hitam Putih
Selalunya hitam putih ni bukan warna yang menarik dan tidak ada ong bagi masyarakat Cina, tetapi perlu diingat dalam menjalankan bisnes hitam putih inilah harta paling bernilai. Perjanjian hitam putih ini sering dipandang sepi oleh sebilangan orang bisnes.
Masa nak deal urusan jual beli, pasti ada janji manis yang terapung-apung di awan antara dua pihak. Dengan adanya perjanjian ini jual beli yang dilakukan tidak akan terkubur begitu sahaja.
Seandainya anda dilanda isu-isu berkaitan jual beli antara dua pihak, perjanjian hitam putih adalah ubat yang terbaik. So anda boleh tunjuk semula apa yang dah dipersetujui bersama. Jai tidak timbullah isu mencaras duit bisnes anda demi menanggung kerugian ‘biasa-biasa’.
Sumber 5 Tips Merenggangkan Dan Mengecilkan Kerugian Dalam Bisnes Anda.
0 Response to "5 Tips Merenggangkan Dan Mengecilkan Kerugian Dalam Bisnes Anda."
Post a Comment