Kalau nak jemput tetamu datang rumah, cukup mudah. Pelawa tetamu dengan barisan sajian makanan yang enak dan meruntun jiwa. Pasti tetamu tidak akan tolak semudahnya.
Tapi, bagaimana pula jika anda nak menjemput pelanggan?
Nak jemput pelanggan supaya close sale dengan mudah!
Tidak ada alasan yang payah-payah!
Jom ikut strategi di bawah. Mungkin salah satunya akan buat anda rasa seolah-olah mimpi yang tak sudah kerana berjaya jemput pelanggan anda dengan mudah!
#1- Kuasa Ayat Tawaran
Anda pernah lihat kempen-kempen pemasaran yang dijalankan ketika sale menghujani apabila tiba hari perayaan? Ada yang menggunakan kaedah diskaun dengan meletakkan peratusan pengurangan seperti 20& dan ada pula yang meletakkan pengurangan harga melalui nilai wang seperti RM30.
Yang manakah kempen yang paling berkesan untuk anda ikut? Pastinya nilai wang kerana pelanggan tidak perlu keluarkan kalkelatur untuk mengira peratusan.
Tawaran dengan nilai wang akan memudahkan pelanggan membuat bajet mereka tidak sampai 60 saat. Dan keputusan untuk membeli atau tidak akan diputuskan dengan segera.
#2- Storytelling Yang Memukau
Anda hanya perlu mengasah bakat imaginasi yang tinggi untuk dijadikan storytelling anda memukau. Nak pukau orang bukan dengan jampi serapah. Tapi dengan barisan ayat ‘wow’ yang buat pelanggan tersadau jika mereka gagal dapatkan produk anda, mereka akan gagal mengatasi masalah yang dihadapi. Umpamanya.
Kemampuan anda menganalisis pelanggan anda akan memberi sedikit kelebihan dalam storytelling anda. Buat ayat yang gramatis tapi jangan meleret sampai pelanggan terseret untuk habiskan bacaan. Jangan terlalu pendek dan jangan pula terlalu panjang. Sedang-sedang saja tapi input yang diberi biarlah luar biasa.
#3- Gali Masalah Pelanggan
Gali, gali dan terus gali. Tak perlu cangkul tapi perlukan kesabaran. Sebab, nak gali masalah orang bukan kerja senang. Gali masalah sendiri pun tak kehabisan kan? Itulah pentingnya, pergaulan.
Buat hubungan dengan ramai orang kerana barangkali hubungan itu akan menjadi hubungan yang mencipta sale. Selalulah menyiasat tentang masalah yang dihadapi oleh orang sekeliling anda. Jangan malas. Lihat sahaja mereka yang kerja sebagai FBI. Tak tidur siang malam sebab cari bukti. Begitulah anda sebagai usahawan. Kena ada startegi sendiri ala-ala FBI.
#4- Gambar Iklan Yang Buat Pelanggan Tertawan
Lihat sahaja iklan-iklan yang terpampang di jalan-jalan utama ketika waktu puncak ‘jem’ melanda di jalan raya. Terutama iklan makanan. Pastinya merasuk jiwa pelanggan yang meracau nak dapatkan makanan tersebut untuk dinikmati sebagai makan malam.
Anda mesti tawan pelanggan dengan gambar iklan yang mempesona dan menjentik jiwa pelanggan untuk mendapatkan segera. Jangan malu jika percubaan pertama gagal dapatkan angel gambar yang sempurna. Cuba, dan cuba sehingga berjaya. Biar produk anda dikenali kerana gambar iklan yang membakar jiwa dan minda pelanggan anda setiap masa!
#5- Skrip Jualan Berpengaruh
Nak tundukkan pelanggan, perlukan skrip jualan yang power! Jangan main susun-susun ayat seperti anda susun kerusi. Teknik kena betul barulah skrip jualan anda berstatus ‘lubuk emas’.
Kesantunan melontar ayat ketiga berhadapan dengan situasi getir pelanggan adalah aspek yang perlu dipandang serius kerana di sini akan menjadi saat sama ada pelanggan membeli kerana produk atau pelanggan melakukan pembelian hasil kebijaksaan anda melontarkan ayat sempurna buat mereka.
Jangan pula mati akal saat rancak mengatur bicara dengan pelanggan. Pelanggan mempunyai sudut pandang berbeza dengan kita sebagai penjual, jadi letakkan anda sebagai pembeli sama seperti pelanggan.
Sumber 5 Strategi Menjemput Pelanggan Membeli Dengan Mudah
0 Response to "5 Strategi Menjemput Pelanggan Membeli Dengan Mudah"
Post a Comment