Tony Pua berkata wakil rakyat DAP akan mengisytihar harta apabila mereka menjadi menteri atau exco negeri.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata wakil rakyat partinya akan mengisytihar harta mereka hanya selepas menjadi menteri dan exco negeri, susulan sesi pengisytiharan harta bersama Invoke Malaysia semalam yang dihadiri wakil Amanah dan PKR.
“Sebaik sahaja kami menjadi exco negeri atau menteri, kami harus dan akan mengisytihar harta.
“Itu pendirian DAP,” kata ketua publisiti parti itu selepas sidang akhbar bersama Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang di pusat media Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu diminta mengulas tindakan Presiden Amanah Mohamad Sabu menyertai beberapa wakil rakyat dan bakal calon Pakatan Harapan (PH) mengisytiharkan harta mereka semalam.
Mohamad satu-satunya presiden parti dari 4 parti komponen dalam gabungan pembangkang yang mengisytiharkan harta.
Beliau menyenaraikan RM105,000 sebagai simpanan wang tunai dimiliki beliau, termasuk dalam akaun deposit tetap.
Beliau juga memiliki 5 rumah dan bidang tanah, termasuk rumah yang didudukinya kini di bawah pemilikan isterinya, Normah Alwi, dan rumah di Sepang bernilai RM300,000 yang masih mempunyai baki hutang dengan bank sebanyak RM70,000.
Keseluruhannya, Mohamad dan isteri memiliki hartanah dengan nilai pasaran RM758,000 termasuk 2 di kawasan kampung di Pulau Pinang dan Perak.
Mohamad juga memiliki simpanan insurans dan unit Amanah dengan nilai pasaran RM220,000. Manakala beliau hanya menyimpan RM600 dalam akaun Lembaga Tabung Haji.
Semalam, pengasas Invoke, Rafizi Ramli berkata terdapat sesetengah calon tidak mahu mengisytiharkan harta kerana sama ada malu atau bimbang.
“Ada yang miskin, dia rasa malu kerana duit ada RM1,000 sahaja. Ada yang ada duit lebih takut apabila isytihar, orang akan minta duit,” katanya.
Sumber Wakil rakyat DAP isytihar harta lepas jadi menteri, exco
0 Response to "Wakil rakyat DAP isytihar harta lepas jadi menteri, exco"
Post a Comment