Terasa bergegar, enam bumbung rumah diterbangkan ribut

Bumbung enam rumah yangditerbangkan ribut di Kampung Parit Simpang 5, Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak, 16 Mac 2018. — Foto ihsan Facebook/Bagan Serai Kampung HalamanKuBumbung enam rumah yangditerbangkan ribut di Kampung Parit Simpang 5, Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak, 16 Mac 2018. — Foto ihsan Facebook/Bagan Serai Kampung HalamanKuBAGAN SERAI, 17 Mac — Bumbung enam buah rumah di Kampung Parit Simpang 5, Alor Pongsu, dekat sini diterbangkan angin dalam kejadian ribut semalam.

Ribut melanda pada 3.30 petang, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang suri rumah, Saayah Hamdan, 66, berkata beliau  berada di dalam rumah seorang diri ketika berlaku hujan lebat dan angin kencang.

Katanya ketika itu beliau melihat bahagian bumbung rumahnya seperti bergegar.

“Mak cik takut lalu lari ke kawasan sawah di belakang rumah kerana bimbang bumbung rumah runtuh,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Mohd Nizam Saad, 38, pula  berkata rumah ibunya rosak teruk apabila  bahagian bumbung diterbangkan angin.

Beliau berkata semasa kejadian ibunya Hasinah Hassan, 78, tiada di rumah kerana berada di rumahnya di Changkat Lobak.

“Apabila saya dan emak pulang ke rumah mendapati bumbung rumah telah tercabut dan berlaku kerosakan lain yang dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya.

Sementara itu, anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali meninjau  kerosakan yang berlaku dan melawat mangsa  di tempat kejadian.

Katanya pihaknya akan memberi peruntukan wang untuk membaiki rumah mangsa yang terbabit supaya mereka dapat tingggal dengan selesa. — Bernama



Sumber Terasa bergegar, enam bumbung rumah diterbangkan ribut

0 Response to "Terasa bergegar, enam bumbung rumah diterbangkan ribut"

Post a Comment