Tengku Adnan nafi sewa rumah PPR di KL akan dinaikkan

Menteri Wilayah Persekutuan berkata DBKL tiada rancangan menaikkan kadar sewa dan cukai sedia ada.

Gambar Facebook.

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kadar sewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara akan dinaikkan.

Katanya, kadar sewa dan kadar cukai sedia ada akan dikekalkan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar tersebut.

Beliau mengingatkan penghuni PPR dan PA supaya tidak mempercayai “fitnah” yang disebarkan.

“Saya bukan kejam macam kerajaan DAP di Pulau Pinang. Apa yang kerajaan laksanakan semuanya demi kebaikan dan keselesaan untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tempat Letak Kereta Bertingkat PPR Beringin.

Beliau berkata, DBKL akan membangunkan tempat letak kereta 6 tingkat bernilai kira-kira RM15 juta di PPR Beringin bagi menyelesaikan masalah kekurangan ruang parkir.

Katanya, tempat letak kereta yang akan dibina di tapak seluas 11,130 meter persegi yang merangkumi 277 petak parkir itu turut dilengkapi dengan sebuah perpustakaan dan kedai serbaneka.

“Manakala satu lagi projek tempat letak kereta 8 tingkat di PPR Intan Baiduri sudah siap sepenuhnya. Kemudahan ini menyediakan sebanyak 387 petak parkir dan 2 gelanggang futsal dan kedai serbaneka,” katanya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Tengku Adnan nafi sewa rumah PPR di KL akan dinaikkan

0 Response to "Tengku Adnan nafi sewa rumah PPR di KL akan dinaikkan"

Post a Comment