Syabas: Bekalan air Lembah Klang hampir pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air di Klang kini 97.3 peratus pulih, Kuala Lumpur (96.8 peratus), Gombak (91.9 peratus) dan Petaling (74.5 peratus). ― Foto oleh Mukhriz HazimGangguan bekalan air di Klang kini 97.3 peratus pulih, Kuala Lumpur (96.8 peratus), Gombak (91.9 peratus) dan Petaling (74.5 peratus). ― Foto oleh Mukhriz HazimKUALA LUMPUR, 11 Mac ― Bekalan air di beberapa kawasan Lembah Klang hampir pulih, dengan peratusan pemulihan setakat ini berada pada tahap 91.7 peratus sementara kawasan di  Hulu Selangor dan Kuala Langat pulih sepenuhnya.

Berdasarkan kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) setakat 7 pagi ini, gangguan bekalan air di Klang kini 97.3 peratus pulih, Kuala Lumpur (96.8 peratus), Gombak (91.9 peratus) dan Petaling (74.5 peratus).

“Segala usaha dan tindakan perlu sedang diambil bagi meningkatkan tekanan dan penyelarasan di sistem agihan untuk pemulihan bekalan sepenuhnya ke kawasan yang masih terjejas dan bantuan bekalan melalui lori tangki air akan terus digerakkan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pelanggan boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15300 (Taip: TankerNama & Alamat). ― Bernama



Sumber Syabas: Bekalan air Lembah Klang hampir pulih sepenuhnya

Related Posts :

0 Response to "Syabas: Bekalan air Lembah Klang hampir pulih sepenuhnya"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.