RM50 juta setiap tahun untuk sekolah mubaligh

Peruntukan itu bermula sejak April 2009, dan sehingga kini 400 sekolah mubaligh mendapat manfaat daripada inisiatif itu.

Gambar Facebook

SEREMBAN: Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM50 juta setiap tahun kepada sekolah mubaligh seluruh negara sejak 2009 sehingga sekarang bagi membaiki serta mempertingkatkan kemudahan di sekolah berkenaan.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata peruntukan itu bermula sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri pada April 2009 dan sehingga kini 400 sekolah mubaligh mendapat manfaat daripada inisiatif itu.

“Kerajaan menghargai peranan sekolah mubaligh, kerana ia antara paling awal menyediakan pendidikan terbaik di negara ini. Hakikatnya, kerajaan memberi sokongan berterusan kepada sekolah mubaligh dalam menghargai sumbangannya yang tidak ternilai dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan persidangan ke-7 Pendidik Lasallian 2018 (MaLEC 2018).

Sementara itu, 120 delegasi dari seluruh Semenanjung Malaysia menghadiri edisi ke-7 MaLEC itu yang berfokuskan pendidikan untuk keamanan, keadilan dan kemanusiaan yang mencerminkan falsafah yang mendasari pendidikan Lasallian.

Persidangan itu mengupas beberapa topik seperti sekolah sebagai komuniti pembelajaran profesional, mengubah bilik darjah menggunakan alat pintar, trend dan cabaran.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber RM50 juta setiap tahun untuk sekolah mubaligh

0 Response to "RM50 juta setiap tahun untuk sekolah mubaligh"

Post a Comment