KOTA BHARU: Seorang pemilik restoran dan pekerjanya cedera dalam satu kejadian tembakan di Kok Lanas di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pemilik restoran yang berusia 35 tahun cedera di dada dan bahu manakala pekerjanya mengalami kecederaan di punggung akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh dua individu yang datang ke restoran mereka.
Ketika kejadian kedua-dua mangsa yang berada di dalam restoran terbabit tiba-tiba didatangi dua lelaki menunggang motosikal, dengan salah seorang darinya memakai jubah dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
Beberapa pelanggan yang berada di restoran berkenaan selamat daripada terkena tembakan itu.
Suspek berjubah gelap bersama rakannya bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki motosikal.
Kedua-dua mangsa masih belum diketahui identitinya kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.
Sumber
Pemilik, pekerja restoran cedera ditembak
Related Posts :
Video: Tonton video lucah dengan kuat hingga ganggu ketenteraman penumpang lain, lelaki dihalau keluar dari basSEORANG lelaki dihalau keluar dari sebuah bas apabila dia telah mengganggu ketenteraman penumpang lain apabila leka menonton video lucah men… Read More...
Nak Pergi Umrah, Kenapa Nur Sajat Kena Pergi Mahkamah??Nak Pergi Umrah, Kenapa Sajat Kena Pergi Mahkamah??
Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat telahpun merancang untuk menjalani ibadah umrah… Read More...
Petani berusia 48 tahun dipenjara 115 tahun dan 20 sebatan kerana rogol anak sejak 3 tahun laluBETONG: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhi seorang petani dengan hukuman penjara 115 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah… Read More...
"Hey Bodoh, Kau Tu Tak Ada Otak!! Saya Akan Ambil Tindakan!!" - Sajat Mengamuk Dengan Pian KpopSajat Mengamuk Dengan Pian Kpop
Ahli perniagaan dan juga jutawan, Nur Sajat dilihat telah mengamuk dengan seorang insta famous, Pian K-pop… Read More...
“Hey bodoh, kau takde otak ke? Jangan sampai aku ambil tindakan” – Nur Sajat bengang foto anak-anak angkatnya diedit jadi bahan lawak
“Hey bodoh, kau takde otak ke? Jangan sampai aku ambil tindakan” – Nur Sajat bengang foto anak-anak angkatnya diedit jadi bahan lawak
Pada… Read More...
0 Response to "Pemilik, pekerja restoran cedera ditembak"
Post a Comment