Meghan Trainor Mengaku Minat BTS, Taksub Dengan Muzik KPop

Percaya atau tidak, kini semakin ramai selebriti dan personaliti popular Hollywood mengaku meminati lagu-lagu KPop. Malah mereka juga mengikuti akaun sosial media kumpulan kegemaran masing-masing.

Terbaru, selepas John Cena, penyanyi yang popular dengan lagu Lips Are Movin, Meghan Trainor pula mengaku meminati kumpulan BTS (Bangtan Boys).

Menerusi temubual bersama Metro.co.uk, Meghan juga mengaku dia sebenarnya akan menulis lagu untuk artis KPop.

'Saya pernah menulis untuk K-pop! Semua lagu saya sangat 'cheesy' dan poppy' bagi mereka seperti Rihanna memang tidak suka dengan lagu saya tetapi KPop akan menyukainya!', katanya sambil tertawa.

'Saya taksub dengan mereka (KPop). Saya suka segala-galanya mengenai K-pop, kawan saya adalah seorang atis terkenal di sana. Dia berasal dari Los Angles dan KPop menyukainya!," sambungnya lagi.

Bercakap pula mengenai BTS, Meghan berkata dia menyimpan hasrat mahu berkolaborasi dengan kumpulan kegemarannya itu.

"Mereka (BTS) adalah One Direction of K-pop. Saya teringin berkolaborasi dengan mereka! Anda fikir saya tidak berminat? Saya minat!," tuturnya.

Selain itu, dia yang baru saja melancarkan single terbaru berjudul No Excuses, mendedahkan lagu tersebut telah diilhamkan ekoran topik semasa berkaitan isu gangguan seksual yang kini hangat diperkatakan dalam industri hiburan di negaranya.



Sumber Meghan Trainor Mengaku Minat BTS, Taksub Dengan Muzik KPop

0 Response to "Meghan Trainor Mengaku Minat BTS, Taksub Dengan Muzik KPop"

Post a Comment