Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera di bahu selepas ditembak dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, di sini, hari ini.
Dalam insiden kira-kira jam 5.50 petang itu, kedua-dua mangsa terbabit dipercayai sedang menunggu untuk mengambil anak mereka di luar pekarangan sekolah tersebut.
Menurut saksi awam yang enggan dikenali, terdapat dua lelaki memakai topi keledar menunggang motosikal dan melepaskan lima das tembakan ke arah mangsa berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Lelaki mati ditembak depan sekolah ketika tunggu ambil anak
0 Response to "Lelaki mati ditembak depan sekolah ketika tunggu ambil anak"
Post a Comment