Kes Lemas Lebih Trauma Berbanding Kebakaran? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kes Lemas Lebih Trauma Berbanding Kebakaran? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kes lemas jauh lebih tinggi berbanding kes maut dalam kebakaran. (Gambar: Mynewshub)

Jika diperkatakan mengenai lemas dan maut dalam kebakaran, ia pastinya antara insiden paling banyak berlaku di negara ini.
 
Kedua-duanya pasti mencetuskan trauma dalam kalangan ahli keluarga si mangsa.
 
Namun pernahkah anda tertanya-tanya diantara dua insiden ini, mana satu yang lebih kerap berlaku?

JUMLAH KES LEMAS MENINGKAT SECARA MENDADAK
 
Musim cuti sekolah juga kerap berlaku kes lemas.
Mengikut laporan dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kematian disebabkan lemas lebih tinggi berbanding kebakaran.
 
Ini terbukti berdasarkan rekod JBPM pada tahun lalu.
 
Ketua pengarahnya Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim menerusi Mstar berkata sepanjang 2017, 700 kes kematian dicatatkan membabitkan kecuaian di dalam air.
 
Jumlah ini jauh meninggalkan rekod kematian akibat kebakaran yang hanya mencatatkan 150 kes.

LEMAS JUGA LEBIH TRAUMA
 
Kepakaran bomba pastinya diperlukan oleh masyarakat.
Selain itu  kes lemas juga lebih cenderung untuk mengakibatkan masalah trauma dalam kalangan ahli keluarga.
 
Kebanyakkan kes lemas kerap berlaku ketika percutian dan perkelahan membabitkan ahli keluarga. Disebabkan itu kes lemas dilihat sebagai kes traumatik.

Menurut pihak Bomba, mereka terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dengan meletakkan papan tanda amaran terutama di kawasan tasik, sungai, air terjun dan pantai untuk mengurangkan kadar kes lemas.

Bagi anda yang kerap bercuti di kawasan pantai atau air terjun, sentiasalah berhati-hati dan memantau pergerakan ahli keluarga.



Sumber Kes Lemas Lebih Trauma Berbanding Kebakaran? Ini Yang Anda Perlu Tahu

0 Response to "Kes Lemas Lebih Trauma Berbanding Kebakaran? Ini Yang Anda Perlu Tahu"

Post a Comment