LANGKAWI: Polis akan mengambil tindakan segera untuk membanteras sebarang kegiatan yang boleh menimbulkan keadaan huru-hara di Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti memandangkan pulau peranginan ini merupakan salah satu kawasan panas PRU14.
Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata persiapan terperinci telah dibuat bagi menghadapi situasi yang tidak diingini termasuk memantau bahan-bahan yang disebarkan melalui media sosial.
"Pihak Polis akan bertindak serta-merta berdasarkan undang-undang yang ada dan saya meminta semua pihak supaya jangan menggunakan media sosial untuk mengirim bahan-bahan yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Polis ke-211 yang diadakan di Ibupejabat Polis Daerah Langkawi.
Menurutnya perancangan Polis untuk menghadapi pilihan raya ini cukup sistematik dan rapi dengan melibatkan anggota-anggotanya menjalani kursus tambahan di Alor Setar dan Kuala Lumpur.
Kawasan Langkawi dijangka menjadi medan persaingan sengit dalam pilihan raya ini berikutan ura-ura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan bertanding di kawasan Parlimen di sini.
-- BERNAMA
Sumber
Jangan timbulkan kekacauan di Langkawi - Amaran polis
Related Posts :
Kalau nk berdakwah sekali pn lu rasa lu akan sampai syurga sebelum saya dan keluarga saya? – Azhar SulaimanGara-gara kenyataan menyuruh anaknya, Kasih Iris Leona pergi ke klinik untuk mengecilkan p4yu d4ra, pelakon senior, Azhar Sulaiman telah pun… Read More...
SeMpat Rakam Detik Detik Hari Bahagia Sebelum Di Ijabkabul, Bakal Suami men1ngg4l dunia 16 jam sebelum majlis akad nikah Buat Ramai Seb4kTidak dapat digambarkan perasaan seorang gadis yang dikenali sebagai Papiule, apabila dia kehil4ngan bakal suaminya yang men1ngg4l dunia 16 … Read More...
Selepas Berbakul Kena Kec4m, Ini Jawapan Aishah Adakah Betul Dia BIock Akaun Instagram Siti NurhalizaSejak beberapa hari lalu, nama penyanyi Aishah yang menggantikan posisi Datuk Siti Nurhaliza pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) tiba-tib… Read More...
Cukup Padu Kata-Kata Jamal Abdillah Selepas Nabila Razali TerkuciI Dan Ramai Setuju Apa Dia Cakap‘Kesilapan’ nyanyian Nabila Razali ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) masih hangat diperkatakan.
Sel… Read More...
Kerap Jumpa Serbuk Pasir Dlm Bilik, Ezlynn Trdiam Diberitahu Pak4r Prub4tan Islam Apa Benda Tu SbnarnyaPnyanyi Ezlynn Ariffin, 40, nekad bertemu dengan pak4r perub4tan Islam bagi mendapatkan jawapan selepas kerap kali terjumpa serbuk berpasir … Read More...
0 Response to "Jangan timbulkan kekacauan di Langkawi - Amaran polis"
Post a Comment