Harry Styles Sekali Lagi Dilabel Biseksual

Penyanyi Harry Styles sekali lagi dilabel sebagai biseksual oleh segelintir pihak selepas dia menyanyikan lagu terbarunya berjudul Oh Anna dan Medicine, ketika di satu persembahan konsert jelajahanya baru-baru ini.

Menurut jejaka berusia 24 tahun itu, kedua-dua agu tersebut sudah lama dihasilkan cuma tidak dipilih untuk dimuatkan di dalam album sebelum ini.

Namun, apa yang lebih hangat lagu "Medicine" mencetus kontroversi kerana liriknya iaitu "The boys and the girls are here, I mess around with him, and I’m okay with it, dianggap ada kena mengena dengan isu biseksual.

Secara tidak langsung pengguna media sosial global mula berspekulasi mengenai seksualiti bekas anggota kumpulan One Direction ini.

Ada juga yang mendakwa pelantun lagu Sign of the Times itu adalah seorang biseksual. Selain, beberapa peminat mengganggap lagu Medicine merupakan 'lagu kebangsaan' untuk kaum biseksual.

Walaupun terpalit dengan isu biseksual, Harry kini diketahui menjalin hubungan dengan seorang model Victoria Secret, Camille Rowe.

Di sisi lain, pemuda yang pernah menjalin hubungan dengan Taylor Swift ini ketika ditemubual British GQ pada tahun 2013, pernah menyangkal dakwaan mengatakan dirinya seorang biseksual.

"Biseks? Saya? Saya tidak berfikir begitu. Saya bukan (biseksual)," nafinya.



Sumber Harry Styles Sekali Lagi Dilabel Biseksual

0 Response to "Harry Styles Sekali Lagi Dilabel Biseksual"

Post a Comment