“Bukan dekat Jalan Paip, Meru la, tapi di Riau!”

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) menasihati orang ramai tidak mudah percaya terhadap penyebaran video harimau belang berkeliaran di ladang sawit di Meru, Klang, Selangor.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, video itu yang tular di media sosial sejak semalam mencetus panik di kalangan orang ramai selepas mendakwa harimau dewasa seberat lebih 100 kilogram dilihat muncul di ladang sawit.

"Bukan dekat Jalan Paip, Meru la, tapi di Riau!"

“Bukan dekat Jalan Paip, Meru la, tapi di Riau!”

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, harimau itu dilihat berada berhampiran pacuan empat roda sebelum memasuki kawasan ladang berhampiran.

Kadir berkata, siasatan pihaknya mendapati video tular itu berlaku di negara jiran Indonesia dan bukannya berlaku di negara ini.

“Pihak berkuasa di Indonesia yang dihubungi tadi mengesahkan video itu dirakam di Riau, Indonesia. Harimau itu mahu ditangkap kerana sudah mencederakan dua mangsa di sana.

“Usaha sedang dilakukan bagi menangkap dan memindahkan harimau itu ke lokasi jauh dari kawasan penempatan manusia,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber “Bukan dekat Jalan Paip, Meru la, tapi di Riau!”

0 Response to "“Bukan dekat Jalan Paip, Meru la, tapi di Riau!”"

Post a Comment