SEMPORNA: Polis Semporna menafikan berita bahawa seorang warga emas ditikam dan dirompak selepas mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebuah bank di sini dan suspek pula ditembak mati oleh pengawal keselamatan bank berkenaan.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata siasatan polis mendapati berita yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu mengaitkan kejadian seorang lelaki berusia 20-an yang ditemui dalam keadaan pergelangan tangannya dikelar di hadapan bank berkenaan hari ini.
"Kejadian berlaku 11 pagi tadi dan orang awam yang nampak seorang lelaki terbaring di pekarangan bank tersebut telah memanggil anggota polis trafik yang kebetulan meronda di kawasan itu untuk membantu," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya lelaki tersebut yang dipercayai kurang siuman bertindak mengelar tangannya sendiri menggunakan senjata tajam di hadapan bank tersebut.
Lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan, katanya sambil menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menularkan maklumat palsu sehingga menggugat keharmonian awam.
--BERNAMA
Sumber
Berita warga emas ditikam selepas ambil BR1M tidak benar - Polis
Related Posts :
Isteri unfollow IG, didakwa jalani rawatan di hospital kerana tertekan, Keith Foo nafi rumah tangganya dalam masalahPELAKON Keith Foo, menafikan gosip liar kononnya rumah tangga yang dibina bersama isteri, Kim Raymond, sejak tiga tahun lalu kini dilanda ba… Read More...
“Kemesraan kami bukan dibuat-buat” – Bimbang ramai tak selesa, Shuib minta Siti Sarah kurangkan kongsi saat romantis mereka di media sosialMESKIPUN pernah menasihati isterinya, Siti Sarah Raissudin agar mengawal ‘tahap kemesraan’ mereka dalam entri foto di Instagram, namun Shuib… Read More...
Taimur Ali Khan Pataudi, kanak-kanak paling popular di BollywoodMELIHAT pipi pauh dilayang, mata berona biru firus dan bibir merah delima milik anak lelaki sulung dua superstar Bollywood Saif Al… Read More...
TGV Cinemas tayang final bola sepak Sukan Sea KL2017 secara percuma!SEJAK semalam, isu penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.
TGV Cinemas tayang final bola … Read More...
“Tidak ada bukti yang mengatakan ia betul” – Syamel nafi mabuk di pusat hiburanNAMA penyanyi Syamel tiba-tiba menjadi ‘panas’ apabila dikatakan telah berkunjung ke pusat hiburan dan didakwa mengambil minuman beralk… Read More...
0 Response to "Berita warga emas ditikam selepas ambil BR1M tidak benar - Polis"
Post a Comment