Bergelut dengan penyamun, wanita tua cedera ditumbuk

Polis Kuala Pilah menemui kereta milik mangsa samun dalam semak sekitar satu kilometer dari lokasi kejadian. — Paparan skrin GooglePolis Kuala Pilah menemui kereta milik mangsa samun dalam semak sekitar satu kilometer dari lokasi kejadian. — Paparan skrin Google

KUALA PILAH, 17 Mac — Seorang ibu tunggal ditumbuk ketika disamun depan rumahnya, semalam. 

Junaida Maarof, 51, bergelut dengan suspek ketika dia mahu mengunci pintu pagar rumah di Kampung Juasseh Tengah, lapor Harian Metro.

“Ketika bergelut, lelaki itu sempat meragut dua rantai leher dan gelang yang saya pakai, malah dia menumbuk kepala menyebabkan saya terjatuh,” katanya.

Kedua-dua tangan dan mulut Junaida diikat dengan tali ampaian dan tudungnya sebelum suspek lelaki melarikan diri menggunakan kereta mangsa.

Mangsa hilang barang kemas, wang tunai RM300, pelbagai kad peribadi dan telefon bimbit, semua dianggar bernilai RM5,000, dalam kejadian jam pada 1 tengah hari. 

Ketua polis daerah Kuala Pilah Supt Haslah Bachok berkata kereta wanita itu ditemui dalam semak sekitar satu kilometer dari rumah mangsa.

Kes disiasat bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.



Sumber Bergelut dengan penyamun, wanita tua cedera ditumbuk

0 Response to "Bergelut dengan penyamun, wanita tua cedera ditumbuk"

Post a Comment