Bekas Gitaris Direman Bantu Siasatan Kes Warga Emas Dibunuh

Seorang bekas gitaris sebuah kumpulan rock direman selama tujuh hari selepas didakwa membunuh wanita warga emas dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Malaysia, Pumpong, Alor Setar pada 25 Februari lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris yang membenarkan suspek yang berusia 44 tahun itu direman bermula semalam sehingga 19 Mac depan bagi membantu siasatan.

Polis menahan suspek di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu berkaitan satu lagi kes pecah rumah di Taman Golf dan ketika siasatan, lelaki tersebut membuat pengakuan membunuh warga emas terbabit, Kau Fu Eng, 71, yang ditemui mati dengan kesan jerutan dipercayai akibat pergelutan.

Dalam siasatan itu, suspek mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan pecah rumah.



Sumber Bekas Gitaris Direman Bantu Siasatan Kes Warga Emas Dibunuh

Related Posts :

0 Response to "Bekas Gitaris Direman Bantu Siasatan Kes Warga Emas Dibunuh"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.