Anak Terlebih Berani, Mat Redho Akui Cuak Apabila Mecca Minta Second Jump

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial sebuah video aksi bekas juara Fear Factor Malaysia, Mat Redho melakukan aktiviti terjunan ropeswing setinggi 60 meter sambil menggendong anaknya, Mecca Mikaela yang baru berusia 2 tahun.

Pun begitu, aksi berkenaan mengejutkan netizen sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Malah lelaki itu dikecam kerana tindakannya dianggap satu aksi yang berbahaya lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Bagaimanapun jelas Mat Redho, anak perempuannya itu yang beria-ria mahu melakukan aktiviti tersebut. Selain itu, mereka dua beranak memakai kelengkapan keselamatan sebelum melakukan terjunan dan aktiviti mereka dikendalikan oleh kru profesional.

Katanya lagi, selepas melakukan terjunan itu, anaknya sangat gembira dan meminta untuk melakukan lagi satu aktiviti terjunan.

"Chill guys! Mecca yang minta untuk buat ropeswing. Tiada adegan paksa memaksa untuk ini.

"Mecca sangat enjoy dengan terjunan pertama dan meminta untuk melakukan terjunan kedua. Tetapi saya yang cuak.

"Mecca juga memakai kelengkapan keselamatan seperti harness dan gear.

"Malah, Rentas Adventures (yang mengendalikan sukan ekstrem) itu merupakan syarikat yang diiktiraf," tulisnya di Instagram.

Mat Redho bagaimanapun memberikan amaran kepada umum agar tidak melakukan perkara sedemikian tanpa pengawasan dan teknik yang betul.

"Jangan buat ropeswing dengan anak-anak anda sekiranya mereka masih belum bersedia," pesannya.



Sumber Anak Terlebih Berani, Mat Redho Akui Cuak Apabila Mecca Minta Second Jump

0 Response to "Anak Terlebih Berani, Mat Redho Akui Cuak Apabila Mecca Minta Second Jump"

Post a Comment