Video Mengelirukan, Milo Tampil Beri Penjelasan!

Video Mengelirukan, Milo Tampil Beri Penjelasan!

Hanya enam peratus gula jika mengikut bancuhan sepatutnya. (Gambar: Milo)

Beberapa minggu lalu minuman kegemaran Malaysia hebat diperkatakan apabila video mendakwa jenama Milo mempunyai kandungan gula tinggi tular di media sosial.
 
Video milik aktivis Vishen Lakhiani menarik perhatian ramai apabila dia cuba mendedahkan yang kandungan Milo mempunyai 40 peratus gula.
 

Malah individu terbabit turut memetik laporan New York Times mendakwa Nestle membayar kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan sebagai makanan yang bernutrisi dalam produk mereka.
 
Sebagai minuman yang sering diminum sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia pastinya bimbang terhadap kebenaran isu berkenaan apatah lagi golongan kanak-kanak paling gemar minum Milo.
 
Video berkenaan sehingga kini ditonton hampir 1.4 juta penonton di Facebook.
 
HANYA ENAM PERATUS

Infografik ini mungkin mengurangkan kadar kebimbangan anda terhadap minuman Milo.
 
Bagaimanapun Nestle hari ini membuat sidang media berhubung perkara terbabit bagi menjelaskan kekeliruan pengguna.
 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff berkata biarpun satu tin milo dianggarkan mempunyai 40 peratus gula, namun ia hanya akan menjadi enam peratus selepas dibancuh.
 
Jelasnya, minuman Milo ialah minuman yang sihat.
 
"Pada bungkusan memang tertulis gula  40 peratus, namun, 20 peratus daripadanya ialah daripada susu, laktosa dan malt.
 
"Sebagai contoh selepas lima sudu teh Milo ditambah dengan 200 mililiter air panas, jumlah gula kemudian menjadi enam peratus.. Tiga peratus susu dan tiga peratus lagi gula,” katanya menerusi sidang media dibuat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
 
Tambahnya, video yang tular terbabit mengelirukan kerana hanya enam peratus gula saja yang masuk ke dalam badan sekiranya anda minum dengan 200 mililiter bersama 30 gram bancuhan Milo.
 
Jelasnya, bagi memastikan pengguna mendapat nutrisi yang sihat, mereka tidak digalakkan untuk menambah bancuhan milo bersama susu dan gula.

MINUM TANPA TAMBAHAN SUSU ATAU GULA
 
Milo menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia terutama kanak-kanak.
Sehubungan itu beliau meminta agar orang ramai menyediakan minuman Milo seperti panduan yang tertulis pada bungkusan minuman itu.
 
"Dekat bungkusan ada tulis penyediaan Milo iaitu lima sudu teh Milo dan kemudian tambah 200 mililiter air panas.
 
"Namun pengguna suka tambah susu, gula. Itu yang jadi tak sihat," katanya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh saksikan penjelasan daripada pihak Milo ini.



Sumber Video Mengelirukan, Milo Tampil Beri Penjelasan!

Related Posts :

0 Response to "Video Mengelirukan, Milo Tampil Beri Penjelasan!"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.