UM naik ke tangga ke-46 universiti terbaik Asia

Sementara tempat teratas milik Nanyang Technological University di Singapura.

um-Times-Higher-EducationKUALA LUMPUR: Kedudukan Universiti Malaya (UM) dalam Asia University Rankings yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) melonjak ke tangga ke-46 tahun ini berbanding ke-59 tahun lalu.

Naib Canselor UM Datuk Dr Abdul Rahim Hashim berkata sistem penarafan itu merupakan penanda aras UM berbanding institusi pengajian tinggi lain dari segi mengukur kedudukan dan status semasa universiti.

“Ia juga amat penting bagi UM untuk terus menambah baik dalam bidang kebolehgajian graduan, jaringan dan kerjasama dengan industri serta perkongsian strategik antarabangsa.

“Peningkatan UM dalam ranking juga adalah bukti pelaburan dan inisiatif yang diambil sejak beberapa tahun lalu untuk menambah baik prestasi universiti berada di landasannya,” katanya dalam kenyataan.

Ini merupakan tahun kedua UM menyertai THE University Rankings dan menurut laman sesawang majalah itu universiti terbaik Asia ialah Nanyang Technological University di Singapura.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber UM naik ke tangga ke-46 universiti terbaik Asia

Related Posts :

0 Response to "UM naik ke tangga ke-46 universiti terbaik Asia"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.