“Tutup Ruang Komen Ada Rahmat Tersendiri” – Izreen Azminda

“Tutup Ruang Komen Ada Rahmat Tersendiri” – Izreen Azminda

Tutup ruang komen di media sosial. (Pic: Instagram @izreen.azminda)

Perkahwinan kali keduanya dengan memilih untuk hidup bermadu ternyata membuka banyak ruang untuk dikecam hebat oleh netizen terutamanya. Bagaimanapun Izreen Azminda yang bernikah dengan ahli muzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali dengan nama Ude sejak Ogos tahun lalu mengambil langkah bijak untuk tidak terus larut dengan komen negatif di laman sosial seperti Instagram.

Pernikahannya menjadi mangsa komen pembuli.

Tindakannya menutup ruangan komen di laman bergambar dan video itu ternyata bagai memberi rahmat tersendiri.

Malah ketika dituduh sebagai perampas dan pemusnah kebahagiaan orang lain, pelakon dan pengacara bertudung itu memilih untuk tidak ambil pot lagi apa yang ingin dilemparkan kepadanya. Katakanlah apa saja kepadanya, dia kini mahu pandang ke depan.

Kongsi cerita dengan Rojak Daily Kaw!

Ibu kepada Muhammad Adrian Umar, 5, berkongsi getar hatinya kepada Rojak Daily Kaw!

“Kekuatan suami sendiri berdepan kecaman menjadi pembakar semangat untuk saya jadi lebih kuat mempertahankan rumah tangga kami.

Fokus kerja dan rumah tangga.

“Saya banyak diam dan buat dont know dengan apa orang nak cakap. Saya lebih fokus kepada tanggungjawab sebagai anak seni dan isteri juga ibu.

Tidak baca kisah peribadi.

“Selain tutup ruangan komen di Instagram, saya mengelak baca blog mengenai dunia hiburan. Malah kalau ada kawan yang share link itu ini pun terutama yang babit hal peribadi, memang saya tak buka,” katanya.

Cinta suami sepenuh jiwa.

Sekalipun masih ada yang mempertikaikan jodohnya itu, Izreen ada pandangannya sendiri.

“Kalau nak hidup senang lenang atau kahwin kerana duit, baik saya kahwin lelaki kaya atau VIP. Dengan kudrat yang ada ini, saya masih boleh cari rezeki. Saya cinta suami sepenuh jiwa.

Jodoh ketentuan Ilahi.

“Yang tak duduk di tempat saya memang boleh cakap itu ini. Siapa yang sanggup dihentam kerana berkahwin dengan laki orang, tapi semua ini sudah jodoh dan saya akur kehidupan bermadu ini,” katanya.



Sumber “Tutup Ruang Komen Ada Rahmat Tersendiri” – Izreen Azminda

0 Response to "“Tutup Ruang Komen Ada Rahmat Tersendiri” – Izreen Azminda"

Post a Comment