KANGAR: Tindakan kerajaan negeri Selangor tidak membenarkan Stadium Shah Alam digunakan sebagai 'home ground' (gelanggang sendiri) untuk pasukan Selangor bagi saingan Liga Super musim ini adalah tidak wajar.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata penafian hak beraksi pasukan 'The Red Giants' di stadium keramat itu tidak kena kerana gelanggang itu merupakan 'home ground' pasukan Selangor untuk sekian lama.
"Saya tidak pasti apa sebab kerajaan Selangor tidak bagi sama ada sebab politik atau bukan tetapi pada saya, tindakan itu tidak kena," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Gerak Gempur 2314 Pemuda Barisan Nasional (BN) Perlis di sini, pada Jumaat.
Justeru, beliau berharap kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dapat mencari penyelesaian segera berhubung isu penggunaan Stadium Shah Alam.
Susulan konflik tersebut, pasukan Selangor kini terpaksa menumpang Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur selepas kerajaan negeri tidak membenarkan mereka menggunakan Stadium Shah Alam buat dua musim berturut-turut.
Bagaimanapun, difahamkan kini sudah ada perbincangan antara kerajaan negeri dan FAS dalam menjernihkan semula hubungan tegang antara kedua-dua pihak.
Selangor akan membuka kempen Liga Super dengan menentang Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Ahad ini.
-- BERNAMA
Sumber
Tidak wajar Selangor dinafikan hak guna Stadium Shah Alam - KJ
Related Posts :
‘Dulu Cikgu Didik Saya, Sekarang Giliran Saya Pula Bimbing Cikgu’
Betul lah orang cakap, jodoh pertemuan ini ditangan Allah. Tak kira jauh mana kita berlari, kalau dah jodoh tetap akhirnya ke jinjang pel… Read More...
"Saya Disuruh Masak Atas Alasan Saya Seorang Perempuan" - Habis Yang Lelaki Buat Apa?
Zaman dahulu, wanita sering dikaitkan dengan dapur. Sejak kecil lagi, ibu bapa akan mendidik anak-anak perempuan mereka menolong ibu mere… Read More...
Peminat Tauhu Soya? Korang Wajib Tahu Cara-Cara Buat Tauhu Soya Secara Homemade. Lebih Bersih, Dijamin Halal Dan Jimat! Begini Cara Nak Sediakannya..
Tauhu memang sedap dan boleh dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Andai dibeli, sekeping anggaran harganya 50sen sekeping. Tapi, tauhu n… Read More...
haze Malaysia 2018: Hotspots and open burning bring back haze
haze Malaysia 2018
haze Malaysia 2018 : The haze has returned to parts of Sarawak due to the rising number of hotspots in Kalimantan and o… Read More...
"Kantoi Curi Rakam Di Pawagam, Vivy Yusof Salah Satu Contoh Tak Semua Orang Kaya Itu Berakal Dan Cerdik" - Netizen
Baru-baru ini, bukan main marah lagi Vivy Yusof mengamuk apabila rekaan telekungnya diciplak pihak tidak bertanggungjawab.
Justeru, baya… Read More...
0 Response to "Tidak wajar Selangor dinafikan hak guna Stadium Shah Alam - KJ"
Post a Comment