KUANTAN: Seorang wanita bergelar Datin ditahan polis selepas disyaki menawarkan pemberian gelaran darjah kebesaran negeri Pahang secara tidak sah di laman sosial Facebook.
Suspek yang berusia 60 tahun dan tinggal di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di Melaka ditahan di perkarangan Balai Polis Malim, Melaka pada jam 3 petang Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek dipercayai menawarkan darjah kebesaran berkenaan di dalam akaun Facebook bernama Nazzaitulhaida Mohd Ali.
"Siasatan awal mendapati pada 29 Januari lalu lebih kurang jam 3 petang suspek telah memuat naik satu status di laman sosial 'Facebook' menggunakan akaun bernama Nazzaitulhaida Mohd Ali yang menawarkan hal pemberian darjah kebesaran Pahang.
"Dalam masa yang sama, suspek turut memberitahu bahawa bagi mereka yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi kepadanya terlebih dahulu sebelum 20 Feb lalu.
"Tidak cukup dengan itu, paparan berkenaan turut menyatakan sesiapa berminat dengan gelaran Datuk atau Datuk Seri Pahang boleh menemuinya pada 23 Feb ini di daerah ini untuk berbincang," katanya di sini.
Mohd Wazir berkata, polis turut merampas bersama suspek sebuah telefon bimbit jenama Xiaomi Model Mi Max 2, sekeping kad sim My Tune Talk dan kad sim Redone.
Tambahnya, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk tindakan selanjutnya dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 3(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.
Sumber
Tawar darjah kebesaran Pahang palsu, Datin ditahan polis
Related Posts :
Tak jemput masuk grup WhatsApp, rupa-rupanya ada komplot nak bawa ‘rombongan pengantin’ di sebalik undangan makan roti canaiHATI siapa yang tidak berbunga ataupun tersentuh apabila menerima kejutan sempena ulang tahun kelahiran?
Beruntungnya si gadis ini dikurniak… Read More...
“Demi Kebahagiaan Aleesya..” – Erra Fazira Kongsi Cerita Kekuatan Lepaskan Penjagaan AnakPerkongsian penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira mengenai kekuatan melepaskan anak perempuannya, Engku Aleesya kepada bekas suami, Engk… Read More...
“Abg Panda lagi” – Netizen Terhibur Tengok Rider Makanan Tolong Siapkan Order Di RestoranSejak kerajaan umumkan kebenaran dine-in untuk yang dah lengkap dua d0s vaks1n, ramai yang ambil kesempatan untuk ke restoran kegemaran masi… Read More...
“PM Kita Tetap Membumi, Saling Menjaga…,” – Video Spontan Ismail Sabri Bersembang Dengan 2 Kanak-Kanak Di Pondok R&R Tular, Zulin Aziz Tumpang GembiraSatu perkongsian video menerusi Instagram hari ini yang memaparkan pertemuan mesra antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob de… Read More...
‘Teman’ Suami Memandu, Wanita Ini Kongsi Tips Tukar Suara Asal Waze Kepada Suara SendiriPastinya ramai sudah sedia maklum dengan kewujudan aplikasi seperti Waze dan Google Maps yang sangat berguna untuk mereka yang ingin mendapa… Read More...
0 Response to "Tawar darjah kebesaran Pahang palsu, Datin ditahan polis"
Post a Comment