Shaheizy Sam bawa watak Azizulhasni Awang?

Azizulhasni Awang menggondol pingat gangsa dalam acara keirin di Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil 16 Ogos 2016. — Foto ReutersAzizulhasni Awang menggondol pingat gangsa dalam acara keirin di Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil 16 Ogos 2016. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 19 Feb — Berdasar bentuk fizikal dan bakat, pelakon Shaheizy Sam layak memegang watak sebagai jaguh keirin dunia Azizulhasni Awang.

Pengarah filem kisah hidup atlet lumba basikal itu berkata pada pemerhatianya Sam juga “paling mirip dengan Azizul”, lapor Harian Metro.

“Saya beberapa kali melihat gambar Sam dan Azizul, mereka hampir sama,” kata Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

“Dari sudut fizikal pula, tidak banyak sangat perkara perlu diubah.”

Namun, beliau menyatakan projek itu dalam proses penyelidikan dan masih terlalu awal untuk membuat keputusan.

“Dalam situasi sekarang pihak produksi perlu menilai dari sudut perkembangan watak disebabkan ia filem biopik (filem biografi).

“Kita tidak tahu dari sisi mana kisah Azizul mahu diangkat,” katanya.

Atlet kelahiran Dungun, Azizulhasni, 30, dilaporkan berkata beliau suka jika Sam membawa watak dirinya. Pelakon itu juga dilaporkan berminat.

Namun Azizulhasni berkata ia masih lagi di peringkat perbincangan.

Filem itu dijangka mencerita keperitannya, termasuk hanya membawa RM50 untuk menyertai kejohanan basikal di Shah Alam pada usia 14 tahun.

Filem dengan kos RM6 juta tersebut hasil kerjasama antara ThreeSixty Management, Unitalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Azizul memenangi emas pada Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong selepas menguasai gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.



Sumber Shaheizy Sam bawa watak Azizulhasni Awang?

Related Posts :

0 Response to "Shaheizy Sam bawa watak Azizulhasni Awang?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.