10 NGO buat laporan video ‘anjing’

Abdul Rani Kulup Abdullah, mewakili semua NGO itu berkata laporan polis dibuat selepas rakaman video menaikkan kemarahan umat Islam terbabit menjadi tular.

rani-kulupKUALA LUMPUR: Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Wee Meng Chee atau Namewee berikutan tindakan memuat naik video kontroversi “Like A Dog” di media sosial baru-baru ini.

NGO berkenaan termasuk Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Kipidap dan Pertubuhan Maqasid Syariah Malaysia.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah, mewakili semua NGO itu berkata laporan polis dibuat selepas rakaman video yang menaikkan kemarahan umat Islam terbabit menjadi tular.

“Kami menggesa pihak berkuasa terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Luar mengambil tindakan tegas ke atas Namewee supaya tidak berulang lagi.

“Kami hormat budaya mereka, tiada bantahan sekiranya ingin merakam video namun jangan hasilkan video sedemikian yang lucah dan dengan latar belakang masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Turut hadir, Presiden IRIMM Amir Amsa Alla Picthay, Presiden GMPN Mejar (B) Razali Zakaria, dan Penasihat Pertubuhan Maqasid Syariah Malaysia, Prof Dr Zahlan Man.

Sementara itu, Razali berkata penyanyi rap itu diminta supaya tidak hanya mengeluarkan kenyataan tetapi sebaliknya melaporkan kepada polis dan menyerah diri bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan sudah dibuka jadi kalau hormat perlembagaan undang-undang Malaysia, sila serah diri segera,” katanya.

Minggu lepas, Namewee memuat naik klip video terbarunya sempena Tahun Baru Cina bertajuk “Like A Dog”, memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing, didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Namewee berhubung klip video itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata polis bekerjasama dengan SKMM bagi menyiasat klip video kontroversi berkenaan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber 10 NGO buat laporan video ‘anjing’

Related Posts :

0 Response to "10 NGO buat laporan video ‘anjing’"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.