Selepas seminggu ditayangkan, filem Badang hanya mampu kutip RM69,000

Sejak beberapa hari lalu, filem Badang menjadi bualan ramai. Pada awalnya, mungkin ada yang menyangka filem berunsurkan kisah dongeng masa silam ini mungkin mampu mendapat kutipan “box office” kerana menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai hero dan juga Fasha Sandha sebagai heroin.

Selepas seminggu ditayangkan, filem Badang hanya mampu kutip RM69,000

Selepas seminggu ditayangkan, filem Badang hanya mampu kutip RM69,000

Walaubagaimanapun, seperti pendapat penggiat seni lain, populariti serta viralnya seseorang itu tidak memberikan jaminan bahawa sesebuah filem itu akan mendapat sambutan.

Mungkin apa yang mereka katakan itu benar apabila filem Badang hanya mampu mengutip sebanyak RM68,816,71 selepas tujuh hari ditayangkan. Untuk pengetahuan anda, kos sebenar untuk menghasilkan filem tersebut ialah RM 2.2 juta.

Aliff dengan yakinnya membuat kenyataan filem lakonannya itu mampu mengalahkan filem antarbangsa Black Panther dan disukai ramai, namun ia hanya mendapat rating 1 bintang di IMDB. Komen yang diberikan mengenai filem tersebut agak teruk dan rata-rata penonton kecewa dengan jalan ceritanya dan skrip.

Bukan niat untuk memalukan ataupun mengkritik filem tempatan tetapi anggaplah segala komen netizen untuk filem Badang adalah satu teguran agar pihak penerbit dapat menghasilkan karya yang lebih menarik minat penonton. Harapnya hero filem tersebut juga tidak mudah berkecil hati.

Sumber: BN



Sumber Selepas seminggu ditayangkan, filem Badang hanya mampu kutip RM69,000

0 Response to "Selepas seminggu ditayangkan, filem Badang hanya mampu kutip RM69,000"

Post a Comment