Barang Hantaran Untuk Masa Depan Yang Gemilang!

Pada hemat saya yang anak 4 dan dah kahwin 14 tahun ni, barang hantaran sepatutnya bukan bunga, kain, make up, kasut tinggi membunuh dan minyak wangi. (dah lah mahal, tak membantu meringankan urusan isteri)

tapi barang hantaran kahwin adalah:

1. Steam Iron Philips (laju dapat gosok baju suami, anak-anak dan siri sendiri. Seriously. Lama weh gosok baju ni. Bengkak kaki)

2. Pressure Cooker Noxxa ( masak cepat gila. Belum cerita masak untuk dalam pantang. Memang mudah betul urusan)

3. Mesin Dryer kain (Ini memang hadiah paling istimewa. Jimat masa jemur kain. Hujan lagi, masalah bau baju kepam tiada lagi.)

4. Kuali Magic ikan (Ini memang awesome. Bukan apa. Tambah bila kahwin kan planning nak ada anak. Isteri bersalin mesti dalam pantang punya. Mudahnya masak ikan bakar. Cepat. Nanti bila anak dah besar sikit, guna pulak nak buat lempeng bagai. Lebih banyak masa nak belai suami.)

Ini baru berguna.

Ini baru tanda sayang isteri.

Ini baru akan membantu isteri untuk lebih effektif dan ini baru tidak membazir duit.

Kasut tinggi hantaran saya tak pernah pakai. Rasa macam nak mati pakai sakit sana sini. Rugi betul. Kalau beli kuali magic ikan tu dah dapat sebiji, senang nak masak untuk siapa?

Suami juga.

Betul. Kalau bakal-bakal suami nak isteri layan lebih walaupun dah anak 10 orang, invest lah siap-siap untuk benda-benda begini. Memang tak rugi.

Sila fikir-fikirkan. Tak payah minta wang hantaran puluh-puluh ribu lah. Senangkan bakal menantu tu. Minta ini sudah. Yang senang anak awak juga nanti.

Kata sayang anak…

Duit guna untuk tangkap gambar beribu photoshoot bagai tu, pelamin semua, cuba kira dryer dapat sebiji ( RM 800 ), iron Philips sebiji ( rm 1400 ) , Noxxa sebiji ( rm 800 )

note : saya tidak jual barang2 ini. Ini posting dari hati. haha

Fauzan N Siti, Earlyedukids


Sumber Barang Hantaran Untuk Masa Depan Yang Gemilang!

0 Response to "Barang Hantaran Untuk Masa Depan Yang Gemilang!"

Post a Comment