SETIU: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas motosikal yang ditunggangi hilang kawalan di Kilometer 55 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, mangsa, Ishak Ibrahim, 59 tahun, yang bertugas di Mahkamah Trafik Kuala Terengganu, meninggal dunia pada 12.30 tengahari ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, kemalangan itu berlaku selepas motosikal jenis Honda Wave yang dinaiki mangsa dari arah Kampung Raja menghala ke Kuala Terengganu terbabas dan akibatkan mangsa terjatuh.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di dada serta patah tulang peha dan tangan kiri," katanya.
Abd Razak juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik hospital tersebut untuk dibedah siasat.
Sumber
Sarjan maut hilang kawalan
Related Posts :
Anak Sulung Selalu Sangat Dimarah Tapi Sebenarnya Dialah Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah. Dr Fadzillah Kamsah Kongsi Personaliti Anak Sulung...
Biasanya anak sulung sering dimarah dan dijadikan sasaran, namun jauh di sudut hati ibu ayah, anak pertama adalah yang paling istimewa di… Read More...
“Barang baby dah beli ke? Jangan sibuk dengan janda saja” - Netizen tanya tetapi dengan PU Abu pun jawab ‘Okey’
KONTROVERSI rumah tangga Pencentus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan bekas isterinya, Ain Afini masih menjadi bualan netizen di laman sosial s… Read More...
“Jangan Halang Anak Korek Dan Makan Tahi Hidung”, - Doktor Pakar..
Mengorek hidung dan memakan sisanya adalah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austri… Read More...
Pasangan madu ini kongsikan pengalaman manis tinggal sebumbung bersama suami tercinta
Bukan saja rela berkongsi kasih, malah Khadijah Beladin, 29, dan Sufainah Goh Ai Peng, 41, sanggup tinggal sebumbung dan menerima suami m… Read More...
SPRM sahkan tahan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Dan Isterinya Zizie... Akan didakwa Jumaat
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mengesahkan menahan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Ezette.
Ti… Read More...
0 Response to "Sarjan maut hilang kawalan"
Post a Comment