
NEW YORK: Russia menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan pertemuan terbuka hari ini untuk membincangkan keadaan di Timur Ghouta, wilayah dikuasai pemberontak yang menjadi sasaran pengeboman tentera Syria.
"Ia penting memandangkan keadaan membimbangkan yang kami dengar hari ini dalam usaha memastikan semua pihak menyatakan visi masing-masing, pemahaman mereka mengenai situasi ini dan mencadangkan jalan keluar," kata Duta Russia ke PBB, Vassily Nebenzia, kepada majlis dianggotai 15 negara itu semalam. - Reuters
Sumber Russia mahu Majlis Keselamatan bertindak isu Ghouta Timur
0 Response to "Russia mahu Majlis Keselamatan bertindak isu Ghouta Timur"
Post a Comment