Petrol RON95 turun enam sen kepada RM2.17 seliter manakala harga petrol RON97 turun tujuh sen kepada RM2.43 seliter. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 21 Feb ― Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 turun enam sen kepada RM2.17 seliter manakala harga petrol RON97 turun tujuh sen kepada RM2.43 seliter bermula tengah malam ini hingga 28 Februari.
Harga runcit diesel pula turun enam sen kepada RM2.13 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman sesawangnya hari ini.
Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 15 hingga 21 Februari, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.23 seliter, RON97 (RM2.50 seliter) dan diesel (RM2.19 seliter). ― Bernama
Sumber RON95, diesel turun enam sen hingga 28 Februari
0 Response to "RON95, diesel turun enam sen hingga 28 Februari"
Post a Comment