Prinsip Berkongsi Di Media Sosial

Guna prinsip ini setiap kali nak berkongsi di media sosial:

I – Ingin menyampaikan.

Jadi tulis sesuatu perkara dengan fokus kebaikan sahaja. Tak boleh buat perbandingan dengan perkara keburukan dan sekiranya ada, tak perlu tulis. Tulis hal kebaikan sahaja.

C – Content.

Mesti ada asas content. Wajib! Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif tersusun setiap satunya dan apabila kita baca, kita tahu itu adalah maklumat dan ianya bermanfaat.

D – Debrief.

Wajar untuk kita semua tutup (closing) penulisan tersebut dengan memberi peringatan umum, menaikkan info dengan memberi impak positif kepada audien tanpa mengajar-ajar, tanpa elemen memerintah juga tanpa elemen arahan.

Ini adalah media sosial. Sekiranya ada perkara buruk berlaku, tulis bagaimana solusi dan pencegahannya. Tak boleh sesekali kita campak hal buruk, kemudian kita diam dan biarkan orang bergaduh di ruang komen.

Ingat kawan,

Punya ramai mengatakan sosial media adalah lubuk keburukan, sedangkan ianya adalah pusat informasi, titik tengah antara berkawan dan berbisnes dan semestinya menaikkan pendapatan seisi keluarga.

Seperti pisau, ada orang guna untuk memotong daging, ayam, sayur, buah bagai. Ada juga yang guna untuk keburukan. Kita pilih.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Content Master Kesayangan Negara.



Sumber Prinsip Berkongsi Di Media Sosial

Related Posts :

0 Response to "Prinsip Berkongsi Di Media Sosial"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.