Polis rampas botol ‘air jampi’ suspek dera Nur Aina Nabihah

Ibu tiri dan bapa Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah ketika dibawa untuk perintah reman, 2 Februari 2018. ― Foto Bernama Ibu tiri dan bapa Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah ketika dibawa untuk perintah reman, 2 Februari 2018. ― Foto Bernama PORT DICKSON, 4 Feb — Polis mengambil bekas “air jampi” yang digunakan suspek dera untuk merawat anaknya Nur Aina Nabihah yang mati Khamis lalu. 

Ketua polis Port Dickson Supt Zainudin Ahmad mengesahkan bekas air itu dirampas polis bagi membantu siasatan, lapor Sinar Harian.

Akhbar itu difahamkan suspek percaya anaknya itu, 9 tahun, “mempunyai saka dan air jampi itu untuk mengelakkan masalah itu berlarutan.”

Dua lagi barang yang dirampas, bangku kecil plastik yang telah patah dan tali pinggang tentera yang disyaki digunakan suspek.

Barang-barang tersebut diambil dari rumah sewanya di Lukut dekat sini, tempat Nur Aina tinggal dengan suspek, abang dan ibu tirinya.

Menurut akhbar itu lagi, suspek dalam siasatan awal mengaku memukul anaknya dengan tali pinggang tentera, menendang dan memijak perut anaknya.

Suspek juga dilaporkan mengaku kepada polis pernah memukul anaknya itu dengan bangku kecil plastik. 

Nur Aina, 9, tidak sedarkan diri di rumah mereka sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.  

Mangsa dilaporkan cedera parah pada organ dalaman seperti putus pankreas, hati terkoyak, cedera buah pinggang, usus terkoyak dan tulang rusuk patah. 



Sumber Polis rampas botol ‘air jampi’ suspek dera Nur Aina Nabihah

Related Posts :

0 Response to "Polis rampas botol ‘air jampi’ suspek dera Nur Aina Nabihah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.