TEMERLOH: Seorang ejen bola sepak ditahan selepas dipercayai memperdaya seorang warga asing membabitkan kerugian RM3,000 untuk dijadikan pemain kelab bola sepak yang tidak wujud di Sarawak.
Suspek berusia 41 tahun ditahan di dihadapan sebuah rumah di Taman Bukit Mentakab di sini pada jam 6.11 petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek dipercayai memperdayakan seorang pemain bola berusia 19 untuk membolehkan mangsa bermain di Sarawak.
"Untuk tujuan itu, pada 13 Februari lalu, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM3,000 kepada suspek di hadapan sebuah bank di Mentakab.
"Bagaimanapun selepas penyerahan wang berkenaan, mangsa tidak dapat berhubung dengan agen berkenaan sebelum membuat laporan polis," katanya.
Tambahnya lagi, hasil semakan ke atas Persatuan Bola Sepak Sarawak mendapati tiada sebarang tawaran pemain luar dibuat atas nama mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
Sumber
Perdaya pemain bola sepak 19 tahun, ejen ditahan
Related Posts :
Ali Puteh Balas Saman Bekas Kakak Ipar – Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan & RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami
Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukr… Read More...
"LAMA TAKDE KES, ADA BALIK PARASITE DALAM IG AKU" - JUAL BAJU TERPAKAI, SHIERA DIMINTA SEDEKAH
Perkongsian penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera yang ingin menjual semua pakaian lamanya di In… Read More...
ISU CURANG - SYUK TAK BERENGGANG DENGAN ISTERI, CUBA PERTAHANKAN KELUARGA
Pengacara dan pelawak Shuk Sahar akhirnya tampil menjelaskan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah,… Read More...
BUAT TUTORIAL TUDUNG BAWAL - FATHIA LATIFF DIPUJI CANTIK
Pelakon dan penyanyi Fathia Latiff telah melalui pelbagai kisah dalam hidupnya termasuklah kecaman yang diterima. Turun naik kehidupannya … Read More...
ALI BALAS SAMAN - HIDAYAH MENGAKU AMBIL TABUNG, JAM TANGAN & RM10,000 ALLAHYARHAM SUAMI
"Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula me… Read More...
0 Response to "Perdaya pemain bola sepak 19 tahun, ejen ditahan"
Post a Comment