Peniaga wanita direman sogok polis RM1,200

Peniaga wanita direman sogok polis RM1,200

Oleh Junaidi Ladjana

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Seorang peniaga wanita direman empat hari bermula hari ini, selepas dipercayai memberi sogokan sebanyak RM1,200 kepada pegawai polis sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Afiq Agoes terhadap wanita berusia 27 tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Suspek direman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basiruddin.

Sebelum ini, wanita tempatan itu ditahan pada jam 4.46 pagi semalam selepas memberi suapan wang kepada pegawai polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasa Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang menjalankan Operasi Mabuk di Jalan Coastel, di sini.

Suspek berasal dari Sarawak itu berbuat sedemikian sebagai balasan supaya polis tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu kenderaan dengan dipengaruhi alkohol.



Sumber Peniaga wanita direman sogok polis RM1,200

Related Posts :

0 Response to "Peniaga wanita direman sogok polis RM1,200"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.