Peniaga cuba rasuah polis dipenjara, denda

KUALA LUMPUR: Seorang pembekal alat ganti mesin dan jentera dipenjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai polis untuk menukar sampel air kencingnya ketika ditahan di sebuah pusat karaoke, Januari lalu.

Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu terhadap, Chiew Tong Nam, 48, yang mengaku bersalah terhadap kesalahan itu sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, Tong Nam didakwa secara rasuah memberi suapan wang tunai RM1,100 kepada Inspektor Mohd Khairul Ismail Rodzlah Akib, yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras, sebagai dorongan untuk tidak mengambil sampel air kencing sebaliknya menggunakan air paip untuk dimasukkan ke dalam botol air kencing.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu dalam tandas bilik KTV, Nombor 118, Tingkat 1, Pusat Hiburan Meridian KTV, 23 Jalan 5/91 Taman Shamelin Perkasa, Cheeas, di sini, jam 1.30 pagi pada 31 Januari 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan kesalahan pertama selain perlu menjaga ibu bapa yang sudah tua.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Diana Nor Azwa, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman penjara dengan mengambil kira kes terbabit sebagai serius kerana rasuah memberi kesan buruk berbanding kesalahan lain.

"Wang rasuah tidak boleh dibeli dalam melaksanakan undang-undang selain mengambil kira faktor kepentingan awam dan memberi amaran dan peringatan kepada masyarakat," katanya.



Sumber Peniaga cuba rasuah polis dipenjara, denda

Related Posts :

0 Response to "Peniaga cuba rasuah polis dipenjara, denda"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.