JOHOR BAHRU: Usaha mengekang aktiviti melibatkan pornografi kanak-kanak daripada terus menular di negara, akan dipantau menerusi kerjasama yang bakal terjalin antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan polis Australia dan United Kingdom (UK).
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerjasama itu juga membabitkan pembelajaran serta panduan mengesan aktiviti muat turun dan muat naik bahan terlarang itu di alam maya.
“Pihak polis telah ditambah upaya untuk mengesan aktiviti penurunan atau muat turun pornografi kanak kanak ini melalui internet dan kita juga bekerjasama dengan polis di Australia dan UK untuk mempelajari teknik terbaru mengesan mereka (penjenayah) melalui tindakan di internet dan tangkap mereka," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-33 Pasar Tani di Pasar Tani Taman Perling, Johor Bahru.
Jelasnya lagi, selain memantau kegiatan itu, pihak berkuasa juga akan mencari langkah untuk mengesan individu bertanggungjawab melakukannya.
Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak melibatkan diri untuk memuat naik mahupun memuat turun pornografi kanak-kanak, kerana dikhuatiri mendatangkan banyak permasalahan sosial.
Pada Selasa, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Malaysia mencatatkan bilangan tertinggi alamat protokol internet (alamat IP) yang memuat naik dan memuat turun imej serta visual lucah kanak-kanak di Asia Tenggara.
Laporan itu turut menyatakan, ramai ibu bapa di negara ini membiarkan anak-anak mereka menggunakan telefon bimbit tanpa pemerhatian.
Sumber
PDRM kerjasama dengan polis Australia, UK banteras pornografi kanak-kanak
Related Posts :
Tips Kumpul Duit Kahwin RM57, 234 Dan Beli Rumah RM200,000
Cara Kumpul Duit Kahwin RM57,234 Dan Beli Rumah RM200,000!!
Pasangan Muda yang baru Nak berumahtangga dan impikan sebuah Rumah untuk mer… Read More...
Viral Mualaf Hidup Susah Ditinggal Suami, Mufti Perlis Pergi Jumpa Dan Dedah Kisah Sebenar
Baru-baru ini viral satu kisah sedih seorang mualaf wanita yang dikatakan diceraikan suami dan tinggal sehelai sepinggan bersama seorang … Read More...
10 Fakta Menarik Tentang Tunku Tun Aminah Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu (10 Gambar)
Puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, 14 Ogos… Read More...
Kajol ‘belanja’ gambar bersama Rosmah MansorKunjungan heroin Kuch Kuch Hota Hai ke Malaysia bukan sahaja membuatkan peminat filem Bollywood di negara ini teruja, namun sekepi… Read More...
“Kualiti pengadilan kurang, gol Ghaddar memang offside, tapi kalau saya beli pengadil, semua game saya dah menang” – TMJ
Semalam telah berlangsungnya perlawanan Liga Super yang menyaksikan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terus gah memimpin tahta liga diikuti … Read More...
0 Response to "PDRM kerjasama dengan polis Australia, UK banteras pornografi kanak-kanak"
Post a Comment