Pasca Indira: Pemuda PAS gesa negeri kemaskini enakmen Islam

Parti Islamis itu berkata pihak berkuasa agama perlu melaksanakan kajian semula bagi melindungi kepentingan orang Islam dan bukan Islam.

Khairil-Nizam-Khirudin-M-Indira-GandhiKUALA LUMPUR: Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa agama negeri menyemak semula dan mengemaskini undang-undang tubuh negeri dan enakmen pentadbiran Islam bagi melindungi kepentingan orang Islam dan bukan Islam susulan keputusan kes M Indira Gandhi.

Timbalan Ketua Pemuda Khairil Nizam Khirudin berkata kerajaan perlu melihat kembali undang-undang dan mekanisme yang boleh diperbaharui agar kes perebutan hak penjagaan anak atau penukaran agama anak membabitkan orang Islam dan bukan Islam diselesaikan secara harmoni.

“Ini bukan sahaja keadilan untuk orang Islam tetapi juga untuk orang bukan Islam dalam perkara tertentu yang ditetapkan dalam mahkamah syariah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut hari ini.

PAS membentuk kerajaan di Kelantan, dan merupakan komponen penting dalam kerajaan Selangor.

Terdahulu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria meminta kerajaan negeri membuat pindaan yang akan meletakkan penubuhan mahkamah syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Ia bagi mengangkat kedudukan mahkamah syariah setanding mahkamah sivil, susulan pertikaian tentang bidang kuasa mahkamah syariah untuk mendengar kes Indira, seorang penganut agama Hindu, yang bertikaian dengan suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, yang melarikan anak dan menukar agama mereka kepada Islam tanpa pengetahuan Indira.

Pada 29 Januari lalu, selepas 9 tahun bertikaian, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa mahkamah sivil mempunyai hak untuk mendengar kes penukaran agama sebelah pihak, bahawa penukaran agama anak perlu dipersetujui oleh ibu dan bapa, dan sijil penukaran agama Tevi Darshiny, Karan Dinesh dan Prasana Diksa tidak sah dan terbatal.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan mengkaji semula pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang sebelum ini dibentang tanpa Fasal 88A, yang menetapkan agama anak kekal biarpun salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya memeluk agama lain.

Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor pula berkata sudah tiba masa peguam bukan Islam dibenarkan berkhidmat di mahkamah syariah.

Benarkan bukan Islam jadi peguam syarie, kata mufti Pulau Pinang

Kes Indira: Penasihat Amanah kata mahkamah harus utamakan bapa



The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Pasca Indira: Pemuda PAS gesa negeri kemaskini enakmen Islam

Related Posts :

0 Response to "Pasca Indira: Pemuda PAS gesa negeri kemaskini enakmen Islam"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.