Nyanyi Lagu Dalam 102 Bahasa, Gadis 12 Tahun Ini Pecah Rekod Dunia

Seorang gadis berketurunan India, Suchetha Satish, baru-baru ini memecahkan sekaligus dua Rekod Dunia Guinness (Guinness World Records) pada masa yang sama dengan menyanyikan lagu dalam 102 bahasa yang berbeza semasa konsert epik yang berlangsung selama 6 jam 15 minit.

Pelajar kelas tujuh di Sekolah Menengah India di Dubai ini telah membuat persiapan untuk memecahkan rekod dunia menyanyi dalam pelbagai bahasa dalam konsert tunggal sejak lebih setahun lalu.

Dia mempelajari nyanyian dalam beberapa bahasa India seperti bahasa Hindi, Malayalam dan Tamil serta bahasa Inggeris. Dalam masa sama dia juga sangat berminat dengan bahasa asing, justeru ia mencari peluang untuk belajar seberapa banyak bahasa daripada mereka yang pakar dan figura-figura terkenal dari serata dunia.

..

Pada 25 Januari lalu, gadis berusia 12 tahun ini mengejutkan penonton di Konsulat India di Dubai dengan menyanyi dalam 102 bahasa yang hebat, selama 6 jam dan 15 minit.

Tambah menarik, untuk lagu bahasa Melayu, Suchetha memilih menyanyikan lagu Jerat Percintaan, yang dipopularkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

">

Dilahirkan dalam keluarga yang meminati muzik, Suchetha mula belajar muzik Carnatic ketika dia berusia empat tahun. Selama lapan tahun, Suchetha mempelajari muzik Hindustan dan pada akhir tahun 2016 dia mula belajar lagu dalam bahasa asing.

"Lagu pertama saya dalam bahasa asing adalah dalam bahasa Jepun.

"Rakan ayah saya, ahli dermatologi Jepun, datang ke Dubai setahun yang lalu. Apabila dia pulang, dia menyanyikan lagu Jepun. Saya sangat menyukainya dan mula mempelajari bahasa tersebut," kata Suchetha ketik ditemubual media Gulf News, pada November 2017.

Kemudian Suchetha mula belajar lagu dalam bahasa Arab kerana dia sudah mempelajari bahasa itu di sekolah diikuti dengan bahasa Tagalog, bahasa yang dituturkan oleh banyak ekspatriat Filipina di Dubai.

Dia juga mempelajari menyanyikan lagu-lagu baru dalam bahasa-bahasa baru setiap minggu da dari situlah timbul idea untuk mencipta rekod dunia.

"Biasanya saya mengambil masa kira-kira dua jam untuk belajar lagu. Sekiranya ia mudah diucapkan, saya boleh belajar dengan cepat. Kalau bukan lagu yang panjang, saya boleh selesai dalam tempoh setengah jam, "kata Suchetha.

Setiap kali dia mula mempelajari tentang lirik lagu, pemegang rekod muda ini akan terus mendengarnya sehingga dia belajar dengan hati dan tidak lagi memerlukan lirik bertulis untuk menyanyikan lagu itu.

Meskipun begitu, lagu-lagu dalam bahasa Perancis, Hungary dan Jerman antara lagu yang paling sukar untuk dikuasai dan Suchetha mengambil masa kira-kira dua hari setiap satu lagu. Manakala lagu-lagu kegemarannya adalah lagu-lagu orang Maori, Armenia dan Slovakia.

Perancangan asal Suchetha sebenarnya mahu memecahkan rekod rakan senegara Dr Kesiraju Srinivas, aka Ghazal Srinivas, yang menyanyikan dalam 76 bahasa yang berbeza, pada tahun 2008, dengan menyanyikan lagu dalam 85 bahasa pada Disember tahun lepas.

Baginya, jika dia mampu memecahkan rekod Ghazal, itu sudah cukup mengagumkan untuknya sebagai remaja berusia 12 tahun, tetapi nampaknya dia sangat bercita-cita tinggi, kerana dia sanggup menghabiskan dua bulan lagi untuk mempelajari 17 lagi lagu dalam pelbagai bahasa.

Jadi, pada 25 Januari, dia menghabiskan masa 6 jam dan 15 minit di pentas di Konsulat India di Dubai mempersembahkan 102 lagu dalam pelbagai bahasa yang berbeza.

Secara rasmi, dia telah mencipat rekod Guinness baru untuk menyanyi dalam bahasa yang berbeza dalam konsert, dan untuk konsert live terpanjang yang dilakukan oleh seorang anak gadis, rekod yang sebelum ini dipegang oleh Romania Andra Gogan, untuk prestasi 3 jam dan 20 minit.

">

Antara lagu dalam bahasa yang dinyanyikan Suchetha Satish sepanjang percubaannya mencipta rekod tersebut ialah, bahasa Maithili, Sanskrit, Afrikaans, Albania, Assamese, Azerbaijani, Badaga, Balochi, Basque, Belarusia, Bengali, Bhojpuri, Bhutan, Bulgaria , Kantonis, Croatia, Czech, Denmark, Dhivehi, Dogri, Belanda, Inggeris, Estonia, Finlandia, Perancis, Garhwali, Georgia, Jerman, Yunani, Guarani, Gujarati, Haryanvi, Ibrani, Hungaria, Irlandia, Jawa, Kannada, Kashmiri, Kazakh , Khmer, Kinyarwanda, Kokborok, Konkani, Korea, Kyrgyz, Lithuania, Macedonian, Malagasy, Melayu, Malta, Mandarin, Mongolia, Manipuri, Maori, Marathi, Nepali, Norwegia, Odia, Parsi, Polandia, Punjabi, Quechua, Rajasthani, Romania , Rusia, Serbia, Sindhi, Sinhala, Slovak, Slovenia, Somalia, Swahili, Sweden, Tagalog, Tajik, Tamil, Thai, Tibet, Tulu, Ukraine, Urdu, Uzbek, Vietnam, Wales, Xhosa, Yakut, Yoruba, Zulu, , Jepun, Iceland, Kurdi, Madura, Pashto, Latvia, Turki, Armenia , Sepanyol, Portugis, Malayalam, Arab, Hindi.



Sumber Nyanyi Lagu Dalam 102 Bahasa, Gadis 12 Tahun Ini Pecah Rekod Dunia

0 Response to "Nyanyi Lagu Dalam 102 Bahasa, Gadis 12 Tahun Ini Pecah Rekod Dunia"

Post a Comment