
Apatah lagi laman sosialnya juga jarang dikemas kini membuatkan ramai peminat tidak dapat mengikuti perkembangan terkininya.
Cristina yang ditemui Sinar Harian ketika majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Surf This Love, pada Isnin, menjelaskan dia tidak pernah menghilang sebaliknya kini banyak menghabiskan masa bersama keluarganya di Kuantan.
“Sebenarnya dalam tempoh setahun ini, saya sibuk di Kuantan membantu keluarga yang baru sahaja memulakan perniagaan katering di sana.
“Biarpun ia hanya perniagaan kecil-kecilan, namun komitmen saya diperlukan kerana ia merupakan peniagaan keluarga.
“Disebabkan itu, kerjaya seni kini berlangsung sedikit perlahan kerana perlu memberi perhatian kepada dua perkara di tempat yang berbeza,” jelasnya.
Menurutnya lagi penglibatannya dalam perniagaan itu bukan di atas desakan keluarga, sebalik lebih kepada keinginannya sendiri yang mahu mencari pengalaman berbeza.
“Ibu tidak pernah mendesak, sebalik hanya mencadangkan saya untuk membantunya dalam perniagaan tersebut untuk mencari pengalaman.
“Ibu mahu saya dan adik beradik tahu selok-belok perniagaan ini agar suatu nanti kami dapat meneruskan apa yang yang telah dia mulakan ini,” kata Cristina lagi.
Bagaimanapun pelakon berdarah campuran Melayu-Jerman ini tetap berulang-alik ke Kuala Lumpur jika terlibat dengan tawaran lakonan menarik buatnya.
“Saya masih lagi berlakon dan tidak pernah terfikir berhenti berlakon, cuma komitmen baru ini membuatkan saya agak terikat dengan masa.
“Terbaru saya bakal terlibat dengan drama 28 episod, Nafas, yang akan memulakan penggambaran pada minggu ini.
“Alhamdulilah tawaran sentiasa ada, cuma bukan semua yang dapat dilakukan dan ia berbalik pada rezeki,” ujarnya yang cukup dikenali sebagai seorang yang cukup low profile.
Sumber Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan
0 Response to "Niaga katering: Cristina Suzanne ulang-alik KL, Kuantan"
Post a Comment